Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Friday 15 July 2011

Nisfu Syaaban....

Salam.

Bertemu lagi dan semoga kalian semua ceria...
hari ini nak berkongsi tentang salah satu keistimewaan yang ada lam bulan Syaaban..
Terasa masa pantas berlalu dan kini kita semakin menghampiri ramadhan..
Dalam kita melewati bulan syaaban ni, tanpa sedar kita bakal menyambut Nisfu Syaaban..
Antara perkara penting yang berlaku dalam bulan syaaban...
Semalam sedang aku dan mak borak kosong waktu aku pg amik anak kat umah mak..
Mak telah mengiatkan aku ttg Nisfu Syaaban ...
Terima kasih mak kerana x penah jemu mengiatkan aku ttg hari2 yang mulia ne...
Nisfu syaaban pada tahun ne jatuh pada hari sabtu...
mak pun ader cakap yang mak teh nak wat kenduri lepas zohor pada hari sabtu tu..
mak cakap" banyak pahala kalau dapat posa, tapi kerana ader jemputan maka x boleh le nak posa "..
mari kita berkongsi serba sedikit tentang Nisfu Syaaban..





Nisfu dlm bahasa arab bermaksud setengah.
Nisfu Syaaban bermaksud setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahi
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


3.        Baca surah ikhlas 1000x

4.        Berpuasa pada siangnya


Kelebihan malam Nisfu Syaaban adalah:

1.        Malam Dimustajabkan Doa

2.        Malam Pembahagian Takdir

3.        Malam Rahmat

4.        Malam Berkat

5.        Malam Pengampunan (Taubat)

6.        Malam Penebusan

7.        Malam Syafaat

8.        Malam Penulisan

9.        Malam Keagungan dan Kemuliaan

10.        Malam Rezeki

11.        Malam Hari Raya Para Malaikat

12.        Malam Penghidupan



Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :

" pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu  berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.  "




Sekian sebagai renungan bersama...
Jumpa lagi..
Tata


luv u oulsss...




No comments: