Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Thursday 11 August 2011

Kelebihan Surah Al-Baqarah ayat 285 & 286...

Salam untuk semua..

tak sangka kita dah 10 hari berlalu kita di dalam bulan Ramadhan..
pagi tadi masa hantar anak umah mak..
mak bagi lagi satu tips..
jadik untuk tidak membazirkan ilmu yang diberikan oleh mak bonda ai yang terchenta..
ai nak berkongsi kat cni...
mak dah lama amal ayat ne..
dan dah banyak kali mak bagitau ai supaya amalkan..
tapi mendengar sambil berkejaran nak pergi kerja..
tapi hari ne mungkin Tuhan nak bukakan pintu hati ai ne..
ai sampai awal kat umah mak..
sempat ler borak2 jap..
Ayat ne banyak kelebihannya sekiranya kita amalkan dan yakin...
  Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. 
selain itu...mintalah aper sahaja niat ..
nak murah rezeki...
nak permudahkan perjalanan hidup...
sebagai pendinding dari perbuatan khianat sesama manusia...nauzubillah..
bahagia rumahtangga..
anak-anak yang sihat dan cerdik...
Insya'Allah..
tapi beramal dengan yakin...
meminta pada yang ada...
meminta pada yang kaya..
meminta pada yang kuasa..
saper lagi kalau bukan Ya Allah...




Maksudnya 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
(Al-Baqarah : Ayat 285)

Maksudnya
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
(Al-Baqarah : Ayat 286)

Semoga perkongsian ini dinikmati bersama...

Jumpa Lagi

Luv Uolsssss


No comments: