Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Wednesday 12 December 2012

Sepah The Movie...



Salam untuk semua...
sajer nak wat N3 sempena tarikh yang cantik ne @ 12.12.12 ...
tapi nak citer pasal aper erk...
sekarang zila mmg sangat2 bz...
maner kerja hakiki yang menuntut zila 8 jam duk kat office...
biz part time zila yang mendatangkan income untuk shopping tiap2 bulan...
biz kecil-kecilan yang telah zila usahakan 4 tahun lepas...
semuanya memerlukan masa dan jadual yang tersusun supaya tiada yang terbengkalai...
dan 2 minggu ne zila sibuk untuk bantu my bro untuk my nephew wedding..
dah besar doh my nephew..
dah nak ader family sendiri...
cepatnya masa berlalu...
pantas meninggalkan kita yang terleka...
jangan lalai untuk mencari keperluan masa depan...
bukan maksud zila kita jadi " hamba dunia " sampai lupa pada Sang Pencipta....
tapi zaman dah berubah, semua perkara memerlukan duit...
DUIT bukan segala-galanya tapi duit boleh memudahkan banyak perkara...
tapi jangan terlalu taksub kepada duit...
DUIT blh wat manusia lupa diri dan hilang ingatan...
tapi jangan plak langsung x buat aper2 semata-mata takut jadi Hamba Duit...
kita diberi akal dan fikiran...
blh fikir yang maner betoi dan yang mana salah...
PILIHAN ditangan kita...
kita yang MERANCANG apa yang terbaik untuk kita...
jangan salah langkah kerana masa tak akan berputar semula...
Usia makin meningkat dan kos hidup semakin tinggi...
jadikan masa muda dan badan masih sihat untuk terus membina KEJAYAAN...
Ke laut lagi...
zila bukan aper mmg selalu ingatkan diri sendiri dan kawan2 yang membaca blog ne...
zila mmg suka biz dan dah macam2 biz yang zila ceburi...
dan zila amat bersyukur kerana Mr SAM sangat memahami...
walaupun beliau bukan dari golongan yang minat biz tapi sokongan yang diberi tidak pernah berbelah bagi..
sangat-sangat apreciate him and tiada ucapan yang dapat diungkapkan...
melainkan hanya Allah yang mampu membalasnya...
berbalik pada tajuk N3...
SEPAH THE MOVIE...
rasanya dah lama tak layan malay movie...
coz MR SAM mmg x suka tgk malay movie...
selalu nyer kami akan beli dvd jerk...
last malay movie, zila tengok citer " Nur Kasih The Movie  "....
tu pun zila yang beriya-riya ajak mr sam tengok coz terpengaruh ngan drama kat tv...
tp hasil mengecewakan...
movie sama mcm drama bersiri kat tv...
tapi tu pandangan ikhlas zila...
tak bermaksud nak menjatuhkan kredebiliti Pengarah drama tu occay...
STM (Sepah The Movie ) adalah komedi ringan dan sangat sesuai untuk hiburan family...
masa kat GSC , zila tengok ramai yang bawak anak...
mulalah raser windu amat kat my kiddo...
babah tak nyempat tunggu anak2 balik...
padahalnya esok tu dah nak amik anak kat keratong...
kalau diaorang ader mesti lagi gamat...
suasana mmg hapening coz sentiasa ader adegan yang melucukan...
mmg sangat2 menghiburkan...
bolehlah hilang stress untuk sementara waktu...
disamping untuk xtvt berdating kami ....
habis movie sambung ngan semula cari baju tuk my kiddo for wedding day...
tak jumpa..hampa...dah malas...
singgah makan mee rojak sebelum pg umah mak...
cukup sampai cni jerk my story mory untuk 12.12.12...
nak siapkan keje hakiki...
hari ini nak pergi bandar lagi untuk cari baju tema kenduri...
semua orang dah ader baju hijau...
ai takde lagi ne...
aper cer...
Alhamdulillah rezeki wat part time biz...
sentiasa ader baju baru @ ikut tema katakan...
tu alasan semata-mata supaya nak kaburkan mata mr sam supaya tak bising...
walawehhhh...abammmmm.......
maner boleh " lupus " hobi yang satu tu....
nak tau ker????
shopping lah yang...











Tuesday 11 December 2012

20 Amalan Murah Rezeki...





Salam untuk semua...
minggu yang sangat sibuk kerana my nephew nak kawen hujung minggu ne...
belah perempuan hari khamis kerana kawen dengan orang Kemaman, Trengganu...
bermula semalam zila dah mula skit2 buat goodies...
maklum ler 1500 tu nak kena wat...
manyak woooo...
nak terbungkang mata dan lenguh kaki tangan semua...
tapi memikirkan anak sedara , mak sedara ko yang singa ini sanggup jerk buatkan aper sahaja...
start besok setiap malam dah berkampung kat umah my bro...
settlekan aper yang patut...
malam ne nak tambah beli sweet dan jajan untuk masukkan kat lam beg ...
untuk cendermulut kepada tetamu...
kalau nak tau zila isi aper????
jemput ler datang...
adat ler kenduri, ader jerk yang terlepas pandang...
pastu ader ler yang bising...
ne bukan nak bercerita pasal kenduri kendara tu...
tadi teringat satu perkara yang penting...
untuk perkongsian bersama...





20 AMALAN MURAH REZEKI


1. Sentiasa ada masa untuk beribadat.
2. Sentiasa istighfar
3. Tinggalkan dosa dan maksiat
4. Sentiasa ingat Allah
5. Menjaga dan membuat baik kepada Kedua Ibu Bapa
6. Menolong orang yang lemah dan susah.
7. Tolong tunaikan hajat orang lain.
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak.
10. Bangun pagi-pagi
11. Menjalin silaturahim sesama islam
12. Sentiasa berwudhu
13. Bersedekah terutama kepada anak yatim
14. Sentiasa solat malam
15. Banyakkan solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Sentiasa berzikir
18. Banyakkan berdoa
19. Berusaha dan berikhtiar
20. Bertawakal kepada ALLAH






"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "

(Surah At Talaq ayat 2- 3)
 
 
 
 
 












Saturday 8 December 2012

BB PLUS....Rahsia wanita bermula disini....

BB PLUS ......
MINUMAN COLOGEN UNTUK KECANTIKKAN LUAR DAN DALAM.....







BB Plus Collagen Drink merupakan satu lagi produk terbaik dalam syarikat Hai-O Marketing. BB Plus diformulasi untuk meransang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh.Pengambilan BB Plus setiap hari dapat menyerlahkan keremajaan kulit dan memberikan kesihatan menyeluruh.

BB Plus dihasilkan daripada 5,000mg Kolagen ikan terhidrolisis untuk memberikan penyerapan yang baik. Kofaktor seperti ekstrak biji anggur dan Vitamin C ditambah untuk melindungi rantaian kolagen.
Satu sachet BB Plus mengandungi ramuan yang terdiri daripada Kolagen Ikan Terhidrolisis, Ekstrak Biji Anggur, Vitamin C, Inulin, Serbuk Jus Blackcurrant, Serbuk Jus Roselle, Serat Epal, Isomaltulos dan Sukralos.












Mengapa memilih BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.



Bagaimana BB Plus Bertindak?

BB Plus bertindak dengan tiga tindakan:

1. Memulih   - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina   - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru











Kebaikkan mengambil BB Plus ?

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran
matahari












Cara-cara pengambilan :
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Sebaiknya diambil sebelum makan atau sebelum tidur.




 

Get your BB Plus Kolagen and call zila now for great discounts!!
019 9006264
@






Wednesday 5 December 2012

Sweet Memory with my mom....




Salam untuk semua...
Sejahtera ke atas kamu...
tolong doakan kesejahteraan zila sama occay...
biar kita sama-sama sejahtera dan gembira...
hari ini rasa mcm nak menulis tentang my lovely mom...
lately ne my mom selalu x sehat...
mungkin faktor usia dan kesihatan...
maklumlah dulu mak zila biz dari zaman muda so sekarang adalah masa untuk berehat...
so zila amik pendekatan yang moden...
bawak mak jalan-jalan @ inisiatif untuk mak bertukar udara......
untuk permulaan ne zila bawak mak jalan2 kawasan yang dekat dulu...
pegi breakfast kat taman gelora...
 pergi mkn mee calong kat beserah....
 lepak kat Taman Teruntum sambil bawak my kiddo berriadah...,
pergi umah tok besan mak kat Permatang Badak....
 pergi makan Nasi Kukus dan Laksam kat Kemaman...
mak mmg favourite " Laksam "...
hari-hari pun takper asalkan sedap...
so biler jumpa tempat sedap mmg kami akan pegi selalu...
next mission nampak nyer selalulah kami ke Kemaman...
coz dah jumpa warung Laksam yang sedap kat Chukai...
bila condition mak dah tip top, zila ingat nak bawak mak bercuti...
semoga Allah mendengar nawaitu zila...
every weekend zila balik umah mak...
dan banyak masa zila kat umah mak...
memandangkan zila satu-satunya anak perempuan mak...
dan zila rasa terpanggil untuk pikul tanggungjawab untuk jaga mak selapas abah meninggal pada 16.03.2012( tarikh yang x akan zila lupa hingga akhir hayat zila )
alhamdulilah SIL zila pun sangat2 membantu walaupun mereka hanya menantu...
sangat appreciate jasa mereka...
takde beza Ibu Mertua @ ibu sendiri...
mak pun dah banyak berubah semenjak abah tiada...
mungkin mak sunyi...
tapi mak tak penah luah pada zila selaku anak yang paling hampir dengan mak...
sekali sekala zila nampak mak termenung di atas katil...
masa mak banyak dihabiskan di atas tikar sembahyang dan mengajar orang mengaji...
kami adek beradek penah suarakan hajat supaya mak duduk dengan siapa yang mak selesa...
tapi mak menolak kerana sayang sangat rumah yang penah menjadi kenangan abadi bersama arwah abah...
tersitu segala sejarah tercipta...
walaupun abah dah tiada tapi kenangan bersama abah masih segar kater mak...
lagipun mak sayang dekat anak2 murid mengajinya...
selagi mak masih bernafas, zila akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaek...
supaya mak tak rasa menyesal ader anak seperti zila...
memberi yang termampu...
yang pasti jasa mak x mampu zila balas...
dapat jaga mak di usia emas ini adalah rahmat dari Allah buat Zila sekeluarga...
kasihmu ke syurga duhai Bonda...
semoga mak panjang umur dan dirahmati...
tiada kata yang dapat menggambarkan betapa mak adalah segal-galanya buat zila....
hope God bless us...
luv u mom so much...
nanti sambung lain kali...
banyak keje so layan pic je occay...
our sweet memory...
tata...jumpa lagi ...






Kami menjamu selera di RESTORAN NASI ARAB AL JAWAHEER...





menziarahi adik ipar mak @ mak sedara zila la tu...




memori indah bersama bonda terchenta...



selain laksam, Nasi arab adalah salah satu favourite food mak...
dalam sebulan 2 @ 3 kali kami menikmati nasi arab...
walawehhhh....




cucu-cucu yang membuat nenek sakit kepala ngan kerenah mereka...
" sabar ye mak dengan anak2 saya sebagaimana mak sabar menjaga saya dari kecil.. ".




kenangan di pagi Eid Adha yang lalu bersama2 semua cucu2 perempuan mak....





Serai serumpun sirih sejunjung,
Diletak orang di tengah laman;
Kasih ibu tiada penghujung,
Menjadi sanjungan ke akhir zaman.









Saturday 1 December 2012

Terima kasih Sahabat....



Salam hari Jumaat...
bersiaran agak lambat...
terlalu banyak keje hakiki yang harus diutamakan...
tapi hati terasa untuk mencoret disini...
walaupun keje masih banyak yang tergendala...
biarkan seketika...
hari ini nak mencoret tentang seorang sahabat yang sangat baik hatinya...
Terima kasih sahabat...
tak mampu diluah dengan kata-kata...
hanya Tuhan je yang mampu membalasnya...
sahabat memberi makna yang besar buat zila...
kerana ader sahabat yang membantu dan membina...
thank to all my biz partner yang sangat2 supportive...
tak kurang juga sahabat yang menjatuhkan...
tapi jangan risau kerana zila dah maafkan semua...
buat aper nak pening kepala...
berbalik pada insan istimewa ini...
Tuhan hantar sahabat ini untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat...
banyak ilmu-ilmu agama, kami kongsikan bersama...
minda masih jahil dan banyak perkara yang harus dipelajari...
lagipun ilmu agama tak akan habis...
belajarlah sampai nafas terhenti...
tak pernah jemu memberikan kata2 hikmah...
tak pernah jemu berkongsi ilmu yang berguna...
ini perkongsian kami yang terbaru...
dan zila nak kongsikan disini...
bersama-sama semua yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini...
yang baik datang dari ALLAH...
yang kurang dari zila ...
andai tersilap, sudilah perbetulkan ye...
jumpa lagi di hari lain...





Sekeping kertas yang mengandungi ilmu yang bermanfaat....
* carilah ilmu selagi kita bernyawa *





Selalu nyer zila hanya amalkan yang ringkas sahaja....
* BERDOA adalah perkara wajib, mintalah pada yang maha Mengetahui *






Tak nampak ye, nanti kita zoom lagi....






nampak tak????....
* baca 3x setiap selepas solat *





Kedua-dua ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 3x....
* dapat menghapuskan dosa sehingga ke waktu solat yang seterusnya *






BUAT BAIK BUKAN MAKSUD NAK MENUNJUK...

TAPI NIAT IKHLAS NAK BERKONGSI...

TERPULANG PADA YANG MEMBACA...

YANG PASTI HANYA DIA YANG TAHU....