Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 23 October 2012

Cuti panjang.... YABEDABEDUUUUUUU.........



Salam untuk semua...
bertemu di pagi selasa yang cerah...
dah banyak hari asyik hujan jerk waktu nak pg office...
hari ini sangat menggumbirakan kerana hari sangat cerah...
sang matahari mula bertugas setelah diberi rehat yang panjang...
cuaca mungkin tak dapat diramalkan untuk musim tengkujuh ne...
kita bernasib baik kerana tidak bergantung hidup dengan laut...
termenung sejenak memikirkan nasib " Nelayan "...
mesti termenung panjang biler tiba musim tengkujuh ...
ini fitrah hidup...
tak siapa mampu menghalang ...
kena beringat semasa ada...
menabung untuk tampung masa tiada...
uolss faham tak???
kalau tak faham, abaikan ayat2 klasik tu...
bukan itu tujuan utama mencoret disini...
cuma nak melaungkan pada semua yang zila akan bercuti panjang mulai esok...

pada yang sedia maklum, esok kami warga PAHANG akan bercuti untuk meraikan ...
besday AYAHANDA TERCINTA...


rajakita m



tak lain tak bukan iaitu ...
Sultan haji Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar...
pangkat kejadah semer zila tak hengat occay...
alangkah bertuah kalau nama zila terselit untuk terima pingat Datuk...
ataupun nama mr sam ker yang dapat DATUK...
hahahaha...
kalau setakat orang panggil DATIN...
tu dah kalih @ selalu sangat...
maklum ler ai kan vouge...
tapi zila buat semua benda tetap ukur kat badan sendiri...
beli mengikut kemampuan...
syukur dengan nikmat rezeki dari ALLAH SWT...
tapi zila sukakan sesuatu yang menarik ...
kadang2 bagi zila biasa rupanya bagi orang lain terlalu bergaya...
nak wat caner, kurniaan dari Illahi...
zila cuma aminkan ajer...
maklum ler percakapan orang ne kan DOA...
bukan senang orang nak doa macam tu...
so zila terima dengan hati terbuka...
tak riak occay tapi menghargai...
kalau ader yang terasa zila mintak maaf occay...
zila pun insan biasa, tak lain melakukan kesilapan...


malas nak cakap banyak ...
selamat BERCUTI untuk warga Pahang....
kesempatan yang ada marilah kita menziarahi Ayahanda dan Bonda..
masa yang ada jangan disia-siakan....
jangan berkira dengan mereka...
kerana berbuat baik pada kedua-dua Ibu bapa, Pahalanya BERGANDA...
semoga rahmat ALLAH taala sentiasa bersama bonda tercinta...
semoga bonda dipanjangkan usia...
semoga bonda zila diberikan kesihatan yang sempurna...
Tahun PERTAMA Aidil Adha tanpa ABAH...
rindu kat abah sangat2...
semoga abah tenang disana...
tak boleh sebut nama ABAH...
perasaan jadi sayu dan hiba...



Selamat Menunaikan Ibadah haji kepada Pak Ariif dan Mok Yah...
semoga diberi kesihatan yang sempurna sepanjang berada di Tanah Suci...
Semoga selamat pergi dan selamat kembali...
kami semua mendoakan yang terbaik untuk kalian...
jangan lupa doakan zila dan family yang terbaik...
jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya...



HAPPY HOLIDAY OULSSS

SAPER YANG NAK TAU PASAL BIZ HEBAT ZILA...

BOLEH CALL, SMS DAN EMAIL...

BILA2 MASA...

DIMANA2 SAHAJA...

365 HARI...

24/7....



DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN...
JANGAN GAGAL SEBELUM MENCUBA...
ZILA DAH RASA...
UOLSSS BILA LAGI ???




019 9006264
&
razilawatirazali@gmail.com










Monday 22 October 2012

NDO CLASS...



Salam untuk permulaan hari di minggu yang baru...
salam hari isnin untuk semua...
bersemangat walaupun hari ini zila tiada suara...
masih nak berceloteh panjang walaupun banyak kerja yang harus dibereskan segera...
minggu lepas zila ambik peluang untuk attend class NDO  kat GLAM...
nak berjaya kena cari ilmu...

"   nak BERJAYA ada CARA  "

mungkin separuh orang berpendapat, semua tu hanya akan merugikan...
tapi pandang dari sudut yang +ve...
ada ker kanak2 yang baru lahir terus pandai bercakap???
mesti tidak kan, semuanyer diajar oleh ibu bapa...
begitu juga kita yang langsung tak tahu apa2 pasal bizness ne...
kenalah melakukan sedikit pengorbanan  masa dan tenaga...
bak kata pepatah my leader ...
" kita laburkan duit kecil, untuk dapatkan duit besar "...
jangan cepat putus asa...
berbalik pada Class NDO...
NDO membawa maksud New Distributor Orientation..
Class ne diadakan di GLAM...
kursus ne diadakan bertujuan untuk mendidik bakal2 SM/SSM untuk generate income gemoks dalam masa yang singkat...
sebab tu zila cakap seronok berada dalam group yang betul ...
disamping itu leader juga sentiasa ada untuk membantu...
semua ilmu diberikan secara PERCUMA...

" nak berjaya kena ikut cara orang yang berjaya "

jangan kita yang cuba nak menjauhkan diri dari leader...
jangan nak salahkan orang lain andainya kita tidak berjaya...
Class bermula seawal 10.00 am...
terdapat 5 slot yang menarik...
semua slot disampaikan oleh Fisilitator yang mempunyai ilmu di dada...
bercakap berdasarkan pengalaman dan proses belajar di GLAM dan B32...
tidak puas untuk memantapkan ilmu didada...
terasa masa terlalu singkat dan cepat...
semua fisilitator menyampaikan tajuk masing2 dengan berkesan...

Pemilihan CIK JUJU selaku emcee juga sangat tepat...
penyampaian yang penuh bersehaja walaupun dalam keadaan yang kurang sihat...
seorang yang masih berkhidmat sebagai Lecturer...
dan buat bizness sebagai Part time....
niat asal memilih PREMIUM BEAUTIFUL hanya ingin menguruskan badan...
dan akhirnya terjebak ke dalam Bizness hebat ini...
kini memegang income gemoks 5 angka setiap bulan...
kurus pun dapat, kewangan pun makin mantap...
nak kenali lebih dekat Cik Juju...
overall majlis berjalan lancar ...
acara bermula seawal jam 10.00am..





Slot Pertama - Bakal DDM Ain Latifi
Tajuk : Produk Premium Beautiful

Slot Kedua - DDM Marlinda
Tajuk : SOP ( Standart of Procedure )

Slot Ketiga - Bakal CDM Cik Cida @ Mursyida
Tajuk : Social Media Marketing

Slot Keempat - DDM Najiah Sulaiman
Tajuk : Peranan Dan Tindakan Sales Manager (SM )

Slot Terakhir - CDM Naa Kamaruddin
Tajuk : IMPIAN dan MATLAMAT



Slot yang disampaikan oleh CDM Naa Kamruddin membuatkan semua tak diam duduk...
semunya tak sabar balik untuk laksanakan semua step yang telah diajar ...
zila pun tak sabar nak jumpa rakan kongsi untuk share ilmu...
biz yang sangat senang...
Follow the leader...
Kalau leader dah berjaya, so kita hanya ikut sajer step yang telah disediakan...
CDM Naa Kamaruddin hanya amik masa setahun untuk berada di Pangkat yang tertinggi iaitu CDM @ CROWN DIAMOND MANAGER...
menggunakan blog dan FB sebagai tools...
luangkan masa 2 @ 3 jam sehari...
mantapkan diri dengan ilmu social media marketing...
sentiasa berjumpa dengan fren yang +ve...
dapat membantu orang lain menjaga kesihatan...
income gemoks setiap bulan..
biz yang sangat seronok...
income di tangan kita...
usaha kita melambangkan income kita...





Kita ada MENTOR  yang hebat
Kumpulan yang sangat supportive
GREEN LEADER GROUP
&
BEAUTIFUL CIRCLES
 
 
 
 
 

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN

zila

019 9006264




Friday 19 October 2012

Hari Jumaat ...Penghulu segala hari....



Salam yang indah di pagi Jumaat ...
hujan rahmat yang turun sejak semalam memberikan ketenangan di pagi hari...
terasa nyaman bila zila buka mata pagi ...
walaupun semalam tido agak lewat kerana PT dengan my leader Nonie Yanna...
Nonie turun kuantan semata-mata nak tolong zila bizness...
dalam biz ne kita tak akan buat sorang-sorang...
leader tak akan berhenti tolong biz partner ...
zila bertuah dapat nonie sebagai leader kerana kesungguhan beliau...
banyak ilmu yang dikongsi bersama untuk mantapkan lagi biz kami...
kul 2 pagi baru habis PT ngan Nonie Yanna...
tido agak lewat tapi kena bangun macam biasa coz dah masuk pagi jumaat..
hari bekerja dan anak2 zila school...
tapi betul pesan mak pada zila...
kul 5.45 zila dah terjaga biler hp bernyanyi riang...
" kalau kita dah janji ngan Allah, sampai masa dan ketika kita akan terjaga dengan sendiri dan ingat tugas kita sebagai hamba yang dipinjamkan dengan segala nikmat dunia" .....
semua diberi percuma @ tanpa bayaran...
kita tak mampu nak bayar ...
tergamakkah kita menderhaka pada yang telah memberikan segala nikmat rezeki serta segala-galanya...
sedangkan dengan ibu bapa ,kita tak mampu nak balas segala yang telah diberikan...
inikan pula kita dengan Pencipta yang Maha Agung...
sujud syukur atas nikmat yang telah Kau berikan...
bersyukur kerana diberikan peluang untuk bernafas...
walaupun terdapat sedikit kekecewaan...
jangan cepat putus asa, kerana tak semua yang kita minta Tuhan makbulkan...

" Tuhan Bagi apa yang kita perlu, bukan bagi apa yang kita minta"...

bangkit demi sebuah kejayaan...
kejayaan tak akan datang bergolek...
kena untuk berjaya, pasti ada halangan...
semua orang yang berjaya adalah insan yang sabar mengharungi berbagai dugaan..
cuma kita tak tahu...
yang kita nampak adalah yang wujud...
jelas didepan mata...
jadikan mereka sebagai " MOTIVASI "
Doa,usaha dan bertawakal...
jangan lari dari landasan agama...
jangan takut untuk mencuba mengambil peluang...
mungkin peluang itu yang Tuhan pilih untuk kita...
kalau bercakap pasal biz memang zila teruja...
teruja nak berjaya...
teruja nak bagi pendidikan yang sempurna kepada anak2
teruja nak bawa family especialy my mom n family in Law bercuti2....
teruja nak pakai baju cantik2..
teruja nak pandu keta mewah...
teruja nak duk umah yang selesa...
teruja nak pakai baju designer terkenal...
dan yang paling besh....
teruja nak shopping brg2 yang menjadi idaman Hati....
besh kan????...besh kan????
tinggalkan zila ngan
IMPIAN YANG AKAN JADI KENYATAAN TAK LAMA LAGI...

sempena hari jumaat yang indah ne...
tadi zila jumpa sabda kat bawah semasa sedang mencari sesuatu sebagai ubat hati...
selama ne cuma tahu kalau lelaki yang cukup syarat x pg solat jumaat sebanyak 3x berturut-turut dianggap keluar dari agama Islam...
dan ada pendapat menyatakan kena " mengucap 2 kalimah Syahadah " semula...
dan ini baru zila temui pagi tadi...
Alhamdulillah mr sam tak macam tu...
alhamdulilah juga zila belum dikurniakan dengan anak lelaki..
dan sebagai peringatan mesra untuk my readers too...
jangan ader yang terasa kerana
"sharing is caring "







Rasulullah bersabda bermaksud: 

Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”






tegur bermakna zila sayang...
bukan bermakna zila terlalu baik dan sempurna ....
tapi berkongsi kebaikkan adalah digalakkan...
" yang baik datang dari ALLAH,
yang buruk adalah kekurangan diri zila yang khilaf "
























Thursday 18 October 2012

PROMOTION FOR HARI RAYA AIDILADHA...






WAHAI WANITA-WANITA JELITA SEMUA
ZILA ADA









SEMPENA KEDATANGAN HARI RAYA AIDILADHA TAK LAMA LAGI...
ZILA DENGAN BERBESAR HATI  NAK WAT 





Premium Beautiful Corset + FREE Gift - Cheras







BUKA MATA ANDA BESAR- BESAR UOLS 
HEHE HE!!  
LIHAT !!  
DAN MULA BERTINDAK!!
JANGAN TERLEWAT NANTI TERNGANGA ..

SAIZ SMALL (S) - RM2000.00
SAIZ LARGE (L) - RM2300.00


STOK TERHAD KEPADA 5 YANG TERAWAL



CASH BUYER 
CREDIT CARD ONLY...








CALL ME NOW FOR PROMOTION PRICE
ZILA
019 9006264

















Wednesday 17 October 2012

My IDOL .....HANIS HAIZI....



Salam untuk semua......
permulaan hari yang penuh keceriaan...
Minggu baru dan isnin datang lagi...
kalau dulu zila selalu benci hari isnin...
tapi sekarang tidak lagi...
semua hari adalah sama...
rezeki dari Allah Taala juga tak mengira hari...
datang tak mengira masa, hari dan tempat...
" Kun faya kun "  
yang bermaksud   
  "Jadilah!" maka terjadilah ia"....
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
( Surah Yasin Ayat 82)

oleh itu jangan berhenti untuk berusaha...
buat sampai jadik...
terlalu banyak rintangan yang zila tempuhi sepanjang zila buat biz ne...
halangan bukanlah alasan kita untuk GAGAL...
itu pemikiran orang yang salah...
tapi untuk zila, halangan untuk mematangkan kita...
dalam biznes ne kami amalkan TEAMWORK....
biznes bersama group dan tak buat sorang-sorang...
tapi kita buat biz ne umpama macam satu family...
sentiasa ader insan yang membantu...
sentiasa ader tangan yang menghulurkan bantuan...
asalkan kita sentiasa berlapang dada untuk belajar,,,
hari ini zila nak kenalkan seseorang yang sentiasa menjadi " IDOLA "...
sangat istimewa, lembut tutur kata, insan yang cekal semangatnya...
jom kita berkongsi cerita......
kadang tak jemu dengar dia memberikan tips hebat dalam berbisnez...
..............................................................
Founder For GREEN LEADER GROUP...
satu-satu kumpulan yang memasarkan PREMIUM BEAUTIFUL mengunakan INTENET sebagai medium utama dalam marketing...
sangat bertuah berada dalam group ini...
Bertuah mempunyai leader yang sangat2 komited...
hari ini zila nak kenalkan CDM HANIS HAIZI untuk semua...
kenapa zila sangat2 menyimpan impian untuk jadi macam hanis...
sangat low profile walaupun dah pegang income 6 angka...
tak percaya???
petikan kat bawah zila copy bolat2 dari blog Hanis...
sebagai pemangkin semangat, setiap hari zila akan baca blog Hanis haizi dan Naa Kamaruddin
nanti ada masa , zila akan updated tentang CDM Naa Kamaruddin plak....
jom kita kenali siapa CDM Hanis Haizi...


******************************************





Life can be difficult. People are always looking for an influence, someone to look up to, someone to emulate. You can set the example, be the motivation that can really impact another human being. You can help change the world by changing yourself. Change must come from within, so become an example.

Perubahan bukan satu ancaman tetapi adalah satu harapan..

I used to think that I could not go anywhere... kira macam hopeless gitu.. sebab I was stuck with my life and debts is everywhere. 




*** Sila baca caption tuu... lawak betul :P  entry sini

At the young age of 25 I decided I have to change, sampai bila nak mengeluh... I wasn't thinking becoming the NEXT MILLIONAIRE atau keluar dalam MAGAZINE or DRIVE a Fancy car..


*
*
*




Before all that Happen, I must CHANGE my attitude. Dulu I suka mengeluh dengan masalah.. mengeluh dengan apa yang berlaku... and NEVER look for solutions. Actually solution selalu depan mata, tapi buat-buat tak nampak..

Gambar taken way back Feb 2009, credit to Alfaat... 
masa ni nak follow up dorang masuk business.. I was only Sales Manager at that time..:) Selekeh betul!

Dah lama terperuk di dalam rumah, suddenly bagaikan ada suatu "kuasa" yang sangat-sangat hebat yang menolak diri Hanis untuk keluar dari not so comfort zone. 

This was my first ever dinner Diamond Night, I was Sr Sales Manager, Masa ni income baru RM3500-RM4000 camtu.. nak merasa gak pakai Rizman Ruzaini heeheee

At that time, NO ONE stood beside me to support me, be it from my family or husband. Hati terlalu kental dan kepala ku keras macam batu.. Itu lah saya kalau korang nak tahu..

Maybe because of my attitude tak suka mengalah dan tak boleh tengok orang lain menang or lebih, that makes me a real fighter. 



my jam tangan after 5 months berbusiness.. 

4 bulan pertama from January to April, bagai naik bukit yang terlalu condong. Never in my entire life WORKING, DEALING with People in terms of money, sebab nak tak nak I have to FACE the REAL PEOPLE. Orang yang daripada latar belakang yang berbeza2. Siapalah hanis at that time, cuma housewife biasa.

masa ni CDM Celebration..Ini je yang hadir untuk support saya.. SEdih betul bila kenangkan balik..tapi because of that makes me stronger person. Saya berjanji everytime rakan kongsi potong cake mesti penuh!!

But because hanis masa tu fikir, "kalau tak jadi business ni mati aku, malu..blabla..." itu je.. Sebab orang dah tahu. So nak tak nak ALL OUT gila2.

The first year masa nak establish kan diri macam-macam, rasa naik roller-coaster pun ada. Dengan mengandungkan haikal lagi, maid takde, hariz selalu sakit, tak ada orang bimbing betul-betul.

disamping CEO and Menteri KPDN KK :) me in Rizalman -2010

Alasan memang logic, tapi bila kita nak berjaya, kita tak boleh focus on ALASAN. Kita takkan kemana-mana.

And for that I have to STEP UP, belajar secepat mungkin,... kalau lambat-lambat confirm lemau punya.. and makin lama makin orang tak percaya dengan kita. 

7 months terus jadi DDM dan masa tu i started driving my first BMW 3 series... masih belum stabil lagi masa tu, dengan netwok yang belum stable..and diri sendiri as a Leader a that time pun tak tau menahu ape2.. blur blur je buat business..

Tapi hanis pakai redah je. It is all about trial an error






After 1 year, alhamdullilah dinobatkan jadi CDM with income 40k, masa tu ingat dah kaya benar... and I noticed that my income stagnant.. tak naik2.. so I thought dah reached the plato. 




Alhamdullilah setelah diadivise oleh mentor dari situ saya tahu potensi diri sebenarnya tiada LIMIT.

It is just that WE MUST BE ABLE TO CHANGE!! DO WHAT EVER IT TAKES! Dan willing to listen and take advise from other people.


satu flight lebih... tak sangka boleh ke tahap ini!!


Stop whining, whining can't fix your problem. 
Always find and look for solution.

Be the best person you can be. GIVE IT YOUR BEST!! 
Jangan selalu cakap "DAH BUAT SEMUA DAH" 

Everyday is a brand new day to me, new goals and targets, new possibilities, new HOPE and new OPPORTUNITY!!


I NEVER regretted what I did in the PAST, 
but I always PLAN for better tomorrow!

Remember, that life goals can change, 
and who you are can change as well

Never fail to re-evaluate and rediscover yourself! Bila kita berusaha bersungguh-sungguh.. kita pasti akan kagum dengan HASILnya. :)





rasa kagum dan teruja sangat...
dari seorang housewife kepada seorang bizneswoman yang berjaya...
dari seorang yang pemalu kepada yang petah mengeluarkan kata2 motivasi untuk semua rakan kongsi...
very proud kerana terpilih bersama group ini...
peluang masih ada...jangan tunggu untuk mulakan langkah PERTAMA...

 





TOGETHER .EVERYONE. ACHIEVE. MORE


want to join us


GREEN LEADER GROUP

CALL ME FOR YR APPOINMENT

BE IN THE RIGHT GROUP

WE WILL GUIDE YOU TO SUCCEED


ZILA

019 9006264









Thursday 11 October 2012

Caleb Besday Adeq di PASTI Al Hidayah




Salam untuk semua...
bersiaran petang lagi...
sibuk manjang, biler nak habis keje ne???
stop sekejap untuk acara iklan ne...
semalam genap umur adeq 5 tahun...
macam2 request hadiah ...
tapi belum approve lagi coz babah bz...
tungguuuuuu....
disebabkan kak yong caleb kat school..
adeq pun follow gak...
so untuk berlaku adil, zila follow aje...
asal semua puas hati...
jom layan pic je lah...
maser x , byk ag keje nak kena siap...
adeq sangat seronok dapat caleb kat PASTI...
biasalah kan kanak2...
dapat plak kek " BARBIE "...
terima kasih banyak2 kpd cikgu Pn Nor ...
kerana membantu zila menrealisasikan impian adeq...
Alhamdulillah....






kek " BARBIE "





adeq dikelilingi kawan2 sekelas..




Cikgu Nor membantu adeq potong kek...




keadaan tidak terkawal sebentar





adeq ngan goodies untuk kawan kat PASTI




adeq , kak yong, abg faiq dan bby fisha....





pesanan mama untuk anakanda Nur Adriena Batrisya

  • jadilah anak yang solehah
  • jadilah anak yang taat pada suruhan Allah
  • jadilah anak yang rajin belajar
  • jadilah anak yang rajin solat
  • jadilah anak yang dengar cakap babah dan mama
  • jadilah anak yang menggembirakan hati babah dan mama






" Nur Adriena Batrisya "

10.10.2012.....



salam untuk semua...
bersiaran di petang hari...
kesibukan keje yang melampau...
ne pun curi2 masa sementara nak print monthly report...
biler tiba bulan october...
tarikh ne yang ditunggu-tunggu...
10.10.2012....
tarikh istimewa untuk insan yang teristimewa...
pada tahun ne tarikh ne jatuh pada hari rabu...
hari bekerja dan rutin yang agak padat...




Hepi Besday to my sweet partner  Mr Saiful Anuar bin Mohd ...
Hepi Besday to my lovely princess Nur Adriena Batrisya Binti Saiful Anuar...
Babah dan adeq berkongsi tarikh kelahiran...
mudah nak caleb tapi mama yang rabak...
memandangkan jatuh pada hari persekolahan dan mama sibuk nak siapkan goodies n jamuan kecil untuk adeq kat PASTI...
so sambutan antara kami berempat terpaksa di tunda...
so semalam tiada sambutan ...
hanya ucapan yang terucap buat insan istemewa bila detik 12 malam menjelang...
maser tu adeq dah tido...
jadik wish besday maser bangun pagi tadi...
mula ingat nak pekena tea tarik di tengah malam tapi cancel coz anak2 dah tido...
besday girl sangat senang bangun today coz x sabar nak caleb besday ngan kawan2...
anak mama dah cukup umur...
dah semakin besar...
semakin keletah...
mulut macam bertih jagung...
tak berhenti bercakap dan bertanya...
semoga anak ini menjadi anak yang solehah biler besar nanti...
mama mendoakan yang terbaek sepanjang adeq bernafas di bumi Allah ini...
mama sayang adeq sangat2...
mama tak dapat bayangkan kalau adeq takde...
hanya adeq dan kak yong harta yang mama ada...
semoga Tuhan sentiasa menjaga warisku ini...
disini mama coret puisi untuk kenangan kita yang abadi...

anakku sayang...
hadirmu harum bak bunga wangi...
baumu yang semerbak melekat dihati...
tak pernah luput disanubari..
hanya dirimu yang bertakhta dihati...
kurnian terindah dari Ilahi...
Buat kami suami isteri...
semoga anak ini dapat berbakti...
kepada kami dan semua insan yang menyayangi...
doa yang tulus ikhlas tak pernah berhenti...
mengiringi perjalanan anakku ini...
besarnya harapan kami kepada anak ini...
selagi nafas tidah terhenti....
selagi itu anakku ini kusayangi sepenuh hati...
sebagai mama yang  melahirkanmu ke bumi...
mama hanya inginkan yang terbaek...
marah bukan tanda mama benci...
tapi mama hanya ingin mengajar supaya anak2 mama jadi insan terpuji...
kita takde duit yang berguni
kita takde harta yang bergunung...
kita cuma ada hati yang tulus suci...
semoga dirimu anak bahagia selalu...
yakin dan pasti Allah sentiasa disisi...
sekian dari mama untuk Permata yang amat kukasihi...



untuk babah @ Mr Saiful Anuar Mohd... 
tahun ne takde puisi coz idea tak mari....
lagipun semalam dah wish dan dah luahkan segala yang tercoret dihati...
tak perlu ditulis disini...
cukuplah hanya kita yang fahami...
terima kasih untuk segalanya...
budi baik abang hanya Allah yang yang dapat membalasnya...
segala pahit manis sepanjang kita bersama adalah kenangan terindah yang sentiasa mekar dihati...
terima kasih kerana sudi bersama mengharungi kehidupan ini ...
akhir kata yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah kekurangan diri ayg...
semoga kita semakin bahagia dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini...
biarkan mulut orang berkata asalkan kita bahagia...