Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 1 November 2011

Mari Belajar Jahit Langsir .....

Salam ....

tak sangka kita dah masuk ke bulan November...
cepat nyer maser berlalu....
dah hujung tahun...
wishlist tuk 2011 banyak lagi yang tak tercapai...
sempat ker????
cuba sedaya yang mungkin...
salah satu senarai my wishlish adalah belajar jahit curtain sampai pandai...
bukan tak confident tapi ai memang terlalu jarang guna mesin jahit...
kalau guna pun untuk jahit kain batik ...
tu pun maser  dah nak deliver...
coz ai pakai kain batik dalam pantang sahaja...
2 minggu lepas , tempat yang ai belajar tu call nak confirmkan sama ada ai boleh start ke belum...
ai daftar bulan january 2011...
dan sepatutnya ai mula class bulan april....
tapi maser tu ai ader hal...
ai tangguhkan dulu...
dan baru sekarang boleh pergi ...
memang seronok belajar menjahit ne...
tapi kalau jahit baju ai tak suka...cerewet...
semalam baru pergi beli semua kelengkapan menjahit...
mesin jahit pun pakai yang mak punya...
maser kat class guna mesin yang pakai motor tu...
punyalah laju...banyak kali terlebey jahitan dan kena tetas balik....
sedey tau....hancussss kain...
dah namer pun belajar...
pengajar kami seorang lelaki yang lebih mesra dipanggil " Ustad"...
ustad sangat baik dan sabar dengan kerenah semua ...
mesti pelik....apsal panggil Ustad...
Ustad dulu bekerja kat travel Agen Rayhar ( kalau warga Kuantan, agen ne sangat terkenal dan my mom n dad dah banyak kali pergi umrah ngan agen ne....very recomended...)
class ai start kul 9 dan habis kul 12...
tapi disebabkan semer yang belajar tu memang tak pandai termasuklah ai...
class kami tamat kul 12.30....
kepada sesaper yang berminat untuk belajar jahit langsir...
Pendaftaran masih dibuka...
boleh hubungi ustad iaitu 013-9512398

Contoh - contoh curtain yang akan ai belajar....











ne lah Ustad yang mengajar kami....




Jom Belajar Menjahit Curtain.....

Ai bercadang nak wat curtain dapur 2 panel...
biler dah profesional, baru ler bleh wat yang besau2 contohnya curtain sliding, tingkap 3 panel, pintu bilik, pintu tandas and etc.....
dalam pale macam2 plan padahal baru 1st time g class...huhuhu...




1. mula-mula lipat kain kepada 4 keping.




2. ukur 5" inci dibahagian atas kain..
3. lebihan kain tadi. ukur dan bahagi kepada 3
    contoh : 51 inci bahagi 3 = 17 inci
4. tandakan pada depan, tengah dan belakang kain.
    ( amik kapor yang warnanya bertentangan dengan kain : contohnya kalau kain merah, beli kapor warna kuning)
5. potong kain kepada 3 bahagian. 
    bahagian 1 guna 30.10.2011
    bahagian 2 guna 13.11.2011
    bahagian 3 guna 20.11.2011 
                


    
ne aunt yang duk sebelah ai, kain auny pun sama warna ngan ai..


6. buka kain yang BAHAGIAN 1 dan lipat 2.

7. tandakan dihujung sekali@ tengah kain.
    Bahagian ini dipanggil GARISAN T...
8. Bermula dari garisan T, ukur plak 1.5 " dan 3 " setiap seterusnya sampai kehujung kain.
9. Sebelum tu, hujung kain hendaklah di ukur 12 ".



10. garisan 1.5" tadi cantum ngan garisan 3" yang kedua.
11. jahit sebanyak 3/4 " sahaja...
12.buat sampai siap semuanya.

13. hasilnya akan jadi sebegini.
14. YANG SETERUSNYA AKAN DISAMBUNG PADA 13.11.2011( Kelas pada minggu depan dibatalkan kerana semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha...)



" Selamat Hari Raya Aidil Adha

@

Hari Raya Qurban

@

 Hari Raya Haji.."



Jumpa lagi dalam kelas menjahit Curtain yang seterusnya....

jangan kedekut ilmu







No comments: