Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 23 August 2011

Pantun raya...Jom Layan...






Tadi idea datang maser ngah wat keje...
raser tak sempat jerk nak post N3 ne...
Jom layan pantun raya ner...



Hari ini hari selasa,
hari esok hari rabu,
Dalam kita bersuka ria,
nak sambut Syawal lagi seminggu.

Bersiar-siar di Kuala Medan,
Bersiar-siar dengan basikal,
Selamat pulang kepada Ramadhan
Selamat datang untukmu Syawal.

Kuih Baulu kuih keria,
Dihidang bersama kopi janda,
Bulan Ramadhan bulan mulia,
semua kebaikan diberi pahala berganda.

Pergi shoping bersama Suraya,
Anak dara kepada Pak Yahya,
Berhati-hati dijalan raya,
Semasa pulang berhari raya..

Buah mangga buah kuini,
Peram sebentar di atas papan,
Sempena kedatangan Hari Raya ini,
Tangan dihulur tanda kemaafan.

Berbuka puasa dengan buah kurma
berbuka bersama di rumah kak Limah,
Sempena syawal yang bakal menjelma,
Jemputlah semua datang ke rumah...







Selamat Hari raya Aidilfitri untuk semua..
Maaf Zahir Dan Batin..


Jumpa lagi
semoga hari esok lebih baek dari hari ini..


Luv Uolssss....

No comments: