Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 16 August 2011

Nuzul Quran

Salam..

Lagu-lagu raya asyik berkumandang dicorong radio..
lagu baru dan lagu lama bergilir2 didendangkan..
ai yang sibuk bekerja ne pun kadang kala amik aura raya sampai berhenti jap wat keje..
menyanyi ikut lirik...huhuhu..
besh nyer hari raya..
teringat zaman kanak2...
kami hanya 3 beradeq..
Dan ai adalah satu2 nya anak perempuan..
persiapan raya mungkin lebih sikit untuk ai...
tapi ai benci toi biler time nak main bunga api @ mercun...
mak menjerit2 dari dapor @ lam umah tak bagi ai maen...
takut kena tangan ler, takut putus jari ler...
tapi disebabkan ai ader abg2 yang kepala masuk air..
redah jerk...
kena marah kemudian citer...
satu lagi ai mmg tunggu biler hari raya...
mak ai berasal dari pantai timur manakala abah berasal dari bandar diraja...
biasanya mak dan abah mengamalkan sistem ' bergilir '...
kalau raya posa kami raya kat trengganu...maka raya haji kami akan beraya di pekan...
sebab tu ai rapat ngan semua sepupu tak kira belah mak @ abah...
Ai mmg suka balik raya kat trengganu terutama raya posa...
nak tau kenapa...ai akan kaya raya lepas raya...
Kat trengganu...mungkin disebabkan kami jarang jumpa..
mak sedara @ pak sedara semua bagi duit raya banyak2...
bayangkan masa ai darjah 3 pun ..ai penah collect wit raya kat rm200 hengget...
maser tu 200 hengget dah banyak giler tau...
mase tu ai dah terror pasal wit ne...
lepas jerk org bagi wit raya..ai akan kira kat situ gak...
nak updated amount dari maser ke semasa...
hahahaha...kelakar kalau ingat balik...
lagi pun kalau kitaorg balik trengganu mmg akan pergi umah sedara mara...
kalau kuar lepas sembahyang raya dan akan balik semula tengah malam...
begitulah pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya...
itu baru nama beraya...
sekarang semua dah jadik mak @ bapak budak...
tapi kami masih contact each other...
Berbalik pada tajuk entry...
Esok sesetengah negeri akan bercuti sempena menyambut hari Nuzul Quran...
Begitu jugak ai yang bekerja di negeri Pahang ne..
Diberi cuti sempena memperingati hari yang mulia ne...
Salah satu peristiwa yang penting berlaku lam bulan ramadhan...
Mari kita terjah jap peristiwa Nuzul Quran ...

 
Pada 17 Ramadan 2010M ini, umat Islam memperingati tepat ulangtahun ke 1400
Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M.
Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat.
Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini,
bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat.
Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah.
Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman

 

Selamat menyambut " Nuzul Quran " dan selamat bercoti kepada semua...
Semuga kita sentiasa berada dalam rahmatNya...

Jumpa lagi...

Luv Uolssss...


No comments: