Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 14 March 2017

AGAIN...... PAHANG FA vs PKNS FC

 
Assalamualaikum...
 
selamat hari rabu....
cuaca agak mendung..
minggu ne cuaca tidak menentu...
kadang-kadang hujan...
tiba-tiba panas terik..
kebesaran Allah tiada siapa yang tahu..
Alhamdulillah dan bersyukur kerana masih diberi peluang
bernafas dimuka bumi ne...
 
#TB semalam 28.02.2017.....
dah lama tak dating ngan Mr SAM...
masing-masing sibuk dan kami jarang ader masa senggang bersama...
kebetulan semalam ahkak " curi masa "  untuk bersamanya..
dan semalam kami tema " BIRU " sebab nak g tengok bolo kat SDM..
disebabkan kami gerak dari rumah agak awal...
so kul 8.15 dah terpacak kat stadium...
so jom p minum sambil bercerita tentang keadaan semasa tentang K.A.M.I..
baru jer air spesel sampai...
tiba2 hujan turun lah plop..
mujur beli tiket " Berbumbung "....
 
jom layan bolo...
 
 
 
STADIUM Darul Makmur terus kebal dengan kejayaan
Tok Gajah menundukkan PKNS FC, 3-0 untuk meraih tiga mata penuh
dalam aksi Liga Super 2017...
 
Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Dollah Salleh
 di laman sendiri setakat ini
sekaligus merampas kedudukan pendahulu liga setakat ini
dengan 16 mata selepas tujuh perlawanan.
...
Pahang mendapat gol pembukaan menerusi pemain pertahanan
" Mohd Afif Amiruddin" yang menanduk masuk ke dalam gawang lawan hasil
sepakan penjuru oleh pemain tengah Joseph Kallang Tie pada minit 12...
 
 
 
 
 
Seminit sebelum tamat separuh babak pertama permainan tamat
cubaan penyerang tuan rumah,Matheus Alves berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol PKNS,Muhamad Nor Haziq.
 
 
Bersambung babak kedua permainan,
Pahang terus melebarkan jurang apabila " Matheus Alves"  
menyempurnakan sepakan penalti pada minit 57.
 
 
 
 
 
 
 
 
Tuan rumah terus selesa dengan gol ketiga pasukan menerusi
pemain tengah " Mohamad Ashari Shamsudin " pada minit 69...
Sebaliknya pelawat seakan buntu memecahkan gawang tuan rumah dengan kemantapan jentera pertahanan Pahang menyekat asakan PKNS.
 
 
 
 
 
 
 
Kedudukan kekal  3 - 0  hingga wisel penamat dibunyikan
pengadil perlawanan Suhaizi Shukri...
 
Occay tu jer laporannya..
ahkak bukan peminat tegar sangat..
tapi kalau pergi memang ahkak akan menikmatinya..
tapi game semalam agak tegang sebab ader beberapa ketika pemain2
Pahang & PKNS bergaduh..
mungkin sebab kekalahan teruk tu..
PKNS agak tegang dan panas...
adatlah permainan..
ader kalah menang..
cuba lagi next game..
nampaknya Dollah Salleh sekali lagi membantu naikkan
nama PAHANG di arena Bola Sepak...
congrat abg lah...
kipidap...


p/s : ingatkan dah publish, sorilah kalau tajuk dah basi..
sebab dah ader lam draft..so ahkak publish jer lah..

 
 
 


No comments: