Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 24 January 2017

Ahkak dah ber CHIA SEED..

 
Assalamualaikum..
 
 
hari ini hujan punyalah lebat...
dari malam semalam sampai ker pagi ne masih x berhenti lagi...
awan mendung kelabu...
syoknya kalau arini hari ahad..
boleh duk golek2 lam selimut ...
 
hari ini misi " mengsettlekan seme keje pending "..
sbb nanti nak cuti CNY  3 hari..
semenyer kena settle sebelum balik kampong..
barulah blh bercuti dengan aman..
 
hari ini ahkak nak share pasal " CHIA SEED"..
sebenarnya ahkak dah minum benda alah ne dekat 2 bulan..
dah dekat nak habis sebotol dah ..
mungkin ahkak x disiplin sangat tu yang kesan x berapa memuaskan kot...
perubahan nak kater ketara sangat x jugak tapi ahkak dapat rasakan badan
dah kecil skit sbb suar jeans dah longgar sikit,
baju kerja pun biler pakai rasa selesa jerk..
takdelah sini ketat sana ketat macam dolu2 tu..
masa beli mmg x amik pusing sangat sebab masa tu cuma dengar
kawan2 kat Healthy Club cakap pasal kebaikan Chia seed ne..
rasa macam memang kena minum sbb kami kan nak sihat...
sebenarnya banyak brand Chia Seed ne di pasaran 
 tapi ahkak memang suka yang brand" ARYZA" ne sbb rasa macam best jer...
lagipun kawan2 yang jual dan kita support biz fren2..
so ini juga salah satu inisiatif untuk mengurangkan berat badan ahkak..
dan sebagai salah seorang yang chubby..
ahkak terpanggil untuk mencuba Chia Seed untuk kurangkan kolesterol
dan lemak yang degil dalam badanku ini..
ader orang cakap Chia Seed ne " Biji Selasih:...
untuk makluman korang semua, Chia Seed tidak sama dengan Biji Selasih...
tu nanti akk buat n3 lain..
n3 ne nak citer pasal Chia Seed jer..
 
 
jom kita kenali Chia Seed...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Apakah Chia Seed?
Chia Seed @ biji chia adalah sejenis bijirin yang dikelaskan sebagai superfood.
Nama saintifik chia adalah Salvia hispanica.
Chia adalah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal daripada Mexico.
 
 
 
 
 
 
 
 
MANFAAT Chia seed yang perlu kita tahu>>>
 
melancarkan sistem pencernaan
Menstabilkan gula dalam darah
Meningkatkan tenaga & kadar metabolisma
Membantu mengurangkan berat badan
Mengenyangkan
Mengurangkan kolestrol
Melindungi jantung
Membantu pembentukkan & menguatkan tulang
Kulit lebih sihat & berseri
Sangat membantu wanita hamil dalam membekalkan protein dan  
   tenaga
Menambah susu badan
Menguatkan minda
Meningkatkan sistem imun
Arthritis
Membuang toksin dalam badan
Membantu masalah berdengkur
Membantu masalah sakit tumit dan sakit sendi
Mengurangkan stress
Bebas gluten
 

 
 
 
Cara Menyediakan Chia Seed
ARYZA Chia Seed sangat bagus dicampurkan dalam makanan yang belum dimasak, yang sudah dimasak serta direndamkan dalam minuman. Keadaan terbaik adalah dengan membiarkan biji chia kembang dalam air sekurang-kurangnya 10-30 minit. Lebih lama, lebih baik
 
Ada pelbagai cara dan resepi untuk menghasilkan makanan yang sedap sambil menikmati manfaat chia seed ni . Korang boleh taburkan keatas roti , campurkan dalam smoothies , tambahkan kedalam air detox , ataupun dibuat puding.
Nak masukkan dalam masakan lain pun boleh . Chia seed ni tak ada rasa pun , cuma texture nya sahaja yang berbiji biji . Macam korang makan 'bubble' dalam air coolblog tu.
Rugi taw kalau tak mula tambahkan chia seed dalam menu korang harini. Kalau tak start harini , ahkak dah & korang bila lagi?
 
 
 
 
 semoga impian ahkak nak kurus dan sihat tercapai..
kalau nak suruh kurangkan makan mmg x blh sbb perut sentiasa lapar...
kalau ader yang boleh membantu macam ne ahkak pasti cuba..
sbb biler usia menginjak ke 4 series ne..
penyakit suka dating menyapa..
semoga ahkak istiqomah dalam merialisasikan impian ahkak ne...
 
 
#hidupsecarasihat
#banyakmakananyangberkhasiat
#minumanberkhasiat
#mylifestyle
 
 
 
 
 


No comments: