Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Monday 13 February 2012

Watikah untuk diri sendiri....

Salam hari isnin...

Monday Blues...
pembuka hari yang sangat cemerlang kerana rezeki ai datang di awal pagi...
ader order dan dah selamat deliver pagi tagi tuk my customer...
Alhamdulillah ...rezeki dari Allah Taala untuk anak2...
walaupun tak banyak tapi bolehlah tampung life zaman sekarang...
semua nyer memerlukan D.U.I.T...
kami cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaek...
ai sejak dari kecik lagi memang suka biz...
mungkin dibesarkan dalam family yang asyik biz..
jadik ai memang suka dan masih menaruh harapan untuk ader biz satu hari nanti...
mr sam pun tahu minat ai yang satu ne...
mr sam memang tak minat langsung dengan biz...
tapi dye x penah melarang malahan sentiasa memberi galakan...
dan sekarang ai sedang kumpul modal dan cari peluang yang seswai...
dan ai sangat beruntung kerana ader tulang belakang yang sangat kuat...
iaitu mak bonda...
mak adalah pemangkin semangat ai dalam biz...
macam2 biz dah mak ceburi...
mak memang tak reti nak duk diam tanpa melakukan aper2 yang boleh mendatangkan duit...
dan mungkin semangat dan darah itu yang mengalir dalam diri ai...
cuma ai ader satu sifat yang ai sendiri tak suka iaitu BOROS...
pantang ader duit dan ai tidak akan berfikir banyak kali untuk membeli barang yang ai hajati...
janji hati puas...
dan sekarang mr sam selalu remind ai suruh kumpul duit tuk wat modal kalau ai nak serius biz...
Thanks God kerana menciptakan dye untuk ai...
Tempat ai berkongi rasa...
Tempat ai bertukar2 idea...
Tempat ai meluahkan perasaan...
So hari ini ai nak tepekkan watikah tuk remindkan diri ai sendiri supaya ai cepat berjaya.....





1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat  

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan

Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan.
Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!




4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya.
Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah.
Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak.
Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.


6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya.



7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa.
Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.






Doakan ai berjaya... dan ai pun doakan uols berjaya dunia dan akhirat....
Tuhan sentiasa mendengar sekiranya kita ikhlas meminta...


Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

No comments: