Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Tuesday 18 October 2011

Terbitlah engkau Sang Pelangi...

Hari ini kelu tanpa kata...
hanya isyarat tubuh yang berbicara...
penat untuk berkata-kata...
jawapan tak penah aku jumpa...
di desa yang tenang ini...
aku impikan kehidupan yang sempurna...
tapi adakah mereka juga seperti aku???
berbicara tanpa suara...
mengharapkan wujudnya sang pelangi...
mendengar keluh kesah orang lain...
betapa beruntungnya aku...
ramai lagi insan yang diuji...
cuma beza mengikut keupayaan seseorang umatnya...
Tuhan tak akan menguji selain dari kemampuannya...
kadang kala hanya air mata mengiringi doa untukNya...
betapa ikhlas aku bercerita...
semoga Dia mendengar...
kerana Dia maha Kuasa...
dan aku tiada apa-apa...
di daerah kerdilku ini...
ingin aku laungkan kepada semua...
berusaha selagi terdaya...
abaikan kata-kata manusia...
kerana kita tak pernah meminta kepada mereka...
Kita kena berusaha sementara kudrat masih ada..
jangan sampai terleka...
kadang kala kelam untuk berfikir...
barang barang keperluan sentiasa bertukar harga...
hanya menaik dan tak pernah sekali pun menurun...
biler difikirkan semuanya keperluan...
harga dilontarkan ke tepi kerana menjaga amanah dari Allah adalah keutamaan...
rezeki untuk anak-anak sentiasa ader walaupun kadang2 berkira2 untuk membeli...
bukan aku sajer malahan ramai lagi di luar sana...
aku ingin keluar dari kelompak ini...
ingin hidup dalam zon yang bebas...
bukan untuk hidup sebagai orang kaya sangat ...
tetapi cukup untuk selesa berbelanja..
tapi keutamaan adalah untuk anak-anak menimba ilmu...
Dan tak lupa untuk ibu bapa yang banyak berjasa kepadaku...
juga tak lupa pada mertua, tempat aku menumpang kasih...
sekurang-kurangnya dapat aku membalas jasa sebelum mereka menutup mata...
tapi puas sudah berusaha tapi masih di takuk lama...
semoga doa yang tak penah putus kuutuskan dimakbulkan Tuhan...
mungkin masa yang menentukan...
semoga kehadiran Pelangi yang sangat cantik bakal mewarnai hidup kami kelak...
bersyukur dengan aper yang ader tapi dalam hati masih tersemat impian untuk kehidupan yang lebih selesa...
hanya Engkau yang maha mengetahui...
Perancanganmu adalah sempurna...
Semoga kami sentiasa dirahmati olehNya....








No comments: