Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Wednesday 29 June 2011

Salam Isra Mikraj

Salam..

Hari ini 27 rejab...cepatnyer masa berlalu...
terasa baru lagi kita melalui bulan rejab dan kini bulan rejab hampir meninggalkan kita....
Salah satu perkara penting yang berlaku dalam bulan rejab ne adalah berlakunya Isra Mikraj..
Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.



Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
  1. Kita sebagai makhluk @ khalifah dimuka bumi hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia.
  2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat.
  3. Kewajipan bersolat.Solat merupakan tiang agama dan wajib dilaksana oleh semua makhluk yang beragama islam.
  4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.
  5. Sentiasa memberi salam disamping mendoakan kesejahteraan kepada sahabat2 kita.
  6. Hari Kiamat semakin hampir.
  7. Elakkan dari godaan syaitan dan perbanyakkan amal ibadat.
Selamat Menyambut Isra Mikraj dan semoga kita menghayati ertinya...

Jumpa lagi..
Luv u ouls....

No comments: