Assalamualaikum...
dah lamer hakak x menulis disini..
bukan malas tapi mmg bz teramat...
maner kak yong nak UPSR lgi..
maner ngan keje hakiki lagi...
maner ngan keje umah yang x pernah habis lagi...
tapi hakak kan SuperMOM...
memang semuanya mampu dibereskan walaupun mlm lepas isyak kadang ahkak terlelap atas sejadah...
x larat sangat dah...
kena makan banyak lagi supplement nampak gayanya...
yang ader sekarang masih belum mencukupi...
malas nak intro panjang...
ne nak TB pastime bambam ahkak pegi KEM...
sebelum ne dia selalu dengar kak yong jer pergi KEM...
Hari pertama dapat boring aritu, dia punya hepi hanya Allah yang tahu...
" Impian adeq tercapai .."
ahkak pun Tanya dia, " Aper impian adeq tu??? "....
" Nak pergi KEM..." sambil senyum yang paling manis sepanjang minggu lepas...
ahkak dah faham dah...
memang dia nak joinlah tu...
setelah dapat " Green Light " dari babah dia...
so adeq pun excited nak packing sedangkan KEM lagi seminggu..
kami layankan ajer maklumlah pestime...
minggu lepas start dari hari isnin dia dah paksa ahkak masukkan baju lam beg...
ahkak wat senyap jer...
hari khamis baru ahkak settlekan semua...
adeq x lari jauh dari ahkak sepanjang ahkak packing...
KEM ini dianjurkan oleh Persatuan Fasilitator Muda Kuantan -
Imtiyaz Group..
Imtiyaz Group..
" Pada 19 hingga 20 Ogos 2016 (Jumaat - Sabtu) akan diadakan Kem Kembara Menuju Allah (KEKMA) Siri 3 bertempat di Pusat Rekreasi Air Pantai Balok.
Program ini merupakan anjuran pertama oleh Persatuan Fasilitator Muda Kuantan, Pahang (IMTIYAZ GROUP) setelah mendapat pengiktirafan daripada JPPM. Kem ini merupakan kerjasama IMTIYAZ GROUP dengan SAR/KAFA Al-Hidayah Balok Pantai.
Antara peserta yang akan menyertai kem ini adalah, pelajar daripada kalangan SAR/KAFA Al-Hidayah Balok Pantai & KAFA AL-FATEH.
Persiapan Kem Kembara Menuju Allah (KEKMA) SIRI 3 telah bermula dan Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Diharapkan kem ini dapat memberikan kesan yang positif kepada para peserta bagi meningkatkan keimanan dan mempersiapkan diri bagi menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan "
dah panjang sgt ahkak merapu ne...
jom kita layan pic yang dihantar oleh fasi2 dalam group whatsap...
adeq hepi sangat dapat berkumpul ngan bff...
taklimat dari ketua Penganjur iaitu Cikgu Zack..
abg faiq pun ader...
adeq baru nak cari tempat setelah selesai urusan Pendaftaran...
mama bergambo dulu sebelum balik...
mereka diajar makan dalam talam...sunah Nabi Muhamad S.A.W
pastime adeq makan lam dulang...
acara pada waktu malam
Qiamulai pada pukul 5.00 pg...Alhamdulillah...
xtvt riadah selepas solat Subuh...
Group adeq dengan abg fasi...
nama mama dah lupa sbb banyak sangat benda yg diceritakan...
Makan Tengahari...
Peserta Lelaki...
Peserta Wanita...
khemah yang disediakan untuk semua peserta...
Jom ahkak salin tentative Program
19 ogos 2016
6.00 p.m Pendaftaran di Pusat Rekreasi Pantai Balok
6.30 p.m Taklimat KEM
7.00 p.m Kendiri
7.20 p.m Solat Maghrib
7.40 p.m Makan Malam
8.00 p.m Taaruf Fasi & Pembahagian Kuampulan
8.30 p.m Solat Isyak
8.45 p.m Ice Braeking
9.00 p.m LDK 1
10.15p.m Minum Malam
10.30p.m Sentuhan Qalbu
11.30p.m Tidur
20 ogos 2016
4.30 a.m kendiri/Minum Pagi
5.00 a.m Qiamulail (Ustaz Abdul Rahman)/Solat Subuh
6.00 a.m Riadah
7.15 a.m Kendiri/ Sarapan Pagi
8.15 a.m Solat Sunat Dhuha
8.30 a.m LDK 2
10.15a.m Minum Pagi
10.30a.m LDK 3
12.00a.m Makan Tengahari
1.00 p.m Solat Zohor
1.30 p.m LDK 4
2.45 p.m Gotong royong
3.30 p.m Majlis Penutup
4.00 p.m Solat Asar
4.30 p.m Bersurai...
bagi ahkak program ne sangat bagus untuk kanak2 yang dalam proses membesar
untuk mengenal Allah lebih terperinci...
terima kasih juga untuk badan penganjur yang bersusah payah untuk memastikan
program ini terlaksana dengan jayanya...
semoga program seperti ini akan sentiasa dibuat untuk anak2 kita...
#KEKMA
#KAFAALHIDAYAH
#20082016
#PROGRAMAGAMA
No comments:
Post a Comment