Sesungguhnya KAU maha tahu...
apa yang tersirat dan apa yang tersurat...
ketentuanMU adalah takdir untukku...
tak penah aku menyalahkan takdir...
walaupun ianya membuatkan air mata menitis lagi...
aku berlindung dibalik sinarmu...
ujian yang datang semakin mendekatkan aku kepadaMU...
semakin aku ingin bercerita denganMu...
semakin aku rasa aman disisiMu...
aku bersyukur kerana aku masih setia bersamaMu...
kerana aku yakin bersamaMu aku tidak akan tersasar jauh...
bahagia bila bersamaMu...
Tenang bila kucurahkan sela-galanya kepadaMu...
Terasa kebahagiaan untuk seketika...
dah lama tidak bercerita bersamaMu...
tapi aku bersyukur kerana terpilih untuk diuji...
kerana aku terpilih sebagai insan yang Kau sayang...
kerana terpilih untuk bersembang denganMu...
biarpun aku x mampu mencorakkan kata-kata yang puitis...
tapi aku yakin DIA maha tahu...
cuma DIA ingin mendengar suaraku...
aku bersujud padaMu...
Ya ALLAH...
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah:216)
No comments:
Post a Comment