Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Friday 11 May 2012

Mak ai sentiasa berpesan " Bacalah surah kahfi setiap pagi Jumaat "....


Salam hari Jumaat yang penuh barakah....
cepat nyer maser berlalu...
berjumpa lagi kita di hari jumaat , Penghulu segala hari...
hari yang menggalakkan semua umat Nabi Muhamad SAW membanyakkan pahala...
bersyukur kerana masih diberikan kurnian udara untuk bernafas...
masih mampu untuk melakukan kebaikan dan mohon keampunan dariNya...
Alhamdulillah dengan kehidupan yang semakin sempurna kini...
walaupun tak mewah tapi kami cukup makan dan pakai...
tapi biler tiba hari jumaat...
ai memang nak tulis N3 ne tapi sentiasa lupa plak...
maklum ler banyak sangat benda nak tulis dan wat...
ahkirnya perkongsian yang amat baek ini terkubur begitu sahaja....
biler pagi jumaat , mak bonda sentiasa berpesan...

" cubalah luangkan sedikit masa untuk baca Surah Kahfi..banyak sangat fadilatnya..."


 Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:


1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)
Pengenalan Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.






“ Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya...”. 



Bukan nak tunjuk baek tapi berkongsi perkara kebaikan....
 x salah kan????







No comments: