Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Wednesday, 12 December 2012

Sepah The Movie...



Salam untuk semua...
sajer nak wat N3 sempena tarikh yang cantik ne @ 12.12.12 ...
tapi nak citer pasal aper erk...
sekarang zila mmg sangat2 bz...
maner kerja hakiki yang menuntut zila 8 jam duk kat office...
biz part time zila yang mendatangkan income untuk shopping tiap2 bulan...
biz kecil-kecilan yang telah zila usahakan 4 tahun lepas...
semuanya memerlukan masa dan jadual yang tersusun supaya tiada yang terbengkalai...
dan 2 minggu ne zila sibuk untuk bantu my bro untuk my nephew wedding..
dah besar doh my nephew..
dah nak ader family sendiri...
cepatnya masa berlalu...
pantas meninggalkan kita yang terleka...
jangan lalai untuk mencari keperluan masa depan...
bukan maksud zila kita jadi " hamba dunia " sampai lupa pada Sang Pencipta....
tapi zaman dah berubah, semua perkara memerlukan duit...
DUIT bukan segala-galanya tapi duit boleh memudahkan banyak perkara...
tapi jangan terlalu taksub kepada duit...
DUIT blh wat manusia lupa diri dan hilang ingatan...
tapi jangan plak langsung x buat aper2 semata-mata takut jadi Hamba Duit...
kita diberi akal dan fikiran...
blh fikir yang maner betoi dan yang mana salah...
PILIHAN ditangan kita...
kita yang MERANCANG apa yang terbaik untuk kita...
jangan salah langkah kerana masa tak akan berputar semula...
Usia makin meningkat dan kos hidup semakin tinggi...
jadikan masa muda dan badan masih sihat untuk terus membina KEJAYAAN...
Ke laut lagi...
zila bukan aper mmg selalu ingatkan diri sendiri dan kawan2 yang membaca blog ne...
zila mmg suka biz dan dah macam2 biz yang zila ceburi...
dan zila amat bersyukur kerana Mr SAM sangat memahami...
walaupun beliau bukan dari golongan yang minat biz tapi sokongan yang diberi tidak pernah berbelah bagi..
sangat-sangat apreciate him and tiada ucapan yang dapat diungkapkan...
melainkan hanya Allah yang mampu membalasnya...
berbalik pada tajuk N3...
SEPAH THE MOVIE...
rasanya dah lama tak layan malay movie...
coz MR SAM mmg x suka tgk malay movie...
selalu nyer kami akan beli dvd jerk...
last malay movie, zila tengok citer " Nur Kasih The Movie  "....
tu pun zila yang beriya-riya ajak mr sam tengok coz terpengaruh ngan drama kat tv...
tp hasil mengecewakan...
movie sama mcm drama bersiri kat tv...
tapi tu pandangan ikhlas zila...
tak bermaksud nak menjatuhkan kredebiliti Pengarah drama tu occay...
STM (Sepah The Movie ) adalah komedi ringan dan sangat sesuai untuk hiburan family...
masa kat GSC , zila tengok ramai yang bawak anak...
mulalah raser windu amat kat my kiddo...
babah tak nyempat tunggu anak2 balik...
padahalnya esok tu dah nak amik anak kat keratong...
kalau diaorang ader mesti lagi gamat...
suasana mmg hapening coz sentiasa ader adegan yang melucukan...
mmg sangat2 menghiburkan...
bolehlah hilang stress untuk sementara waktu...
disamping untuk xtvt berdating kami ....
habis movie sambung ngan semula cari baju tuk my kiddo for wedding day...
tak jumpa..hampa...dah malas...
singgah makan mee rojak sebelum pg umah mak...
cukup sampai cni jerk my story mory untuk 12.12.12...
nak siapkan keje hakiki...
hari ini nak pergi bandar lagi untuk cari baju tema kenduri...
semua orang dah ader baju hijau...
ai takde lagi ne...
aper cer...
Alhamdulillah rezeki wat part time biz...
sentiasa ader baju baru @ ikut tema katakan...
tu alasan semata-mata supaya nak kaburkan mata mr sam supaya tak bising...
walawehhhh...abammmmm.......
maner boleh " lupus " hobi yang satu tu....
nak tau ker????
shopping lah yang...











Tuesday, 11 December 2012

20 Amalan Murah Rezeki...





Salam untuk semua...
minggu yang sangat sibuk kerana my nephew nak kawen hujung minggu ne...
belah perempuan hari khamis kerana kawen dengan orang Kemaman, Trengganu...
bermula semalam zila dah mula skit2 buat goodies...
maklum ler 1500 tu nak kena wat...
manyak woooo...
nak terbungkang mata dan lenguh kaki tangan semua...
tapi memikirkan anak sedara , mak sedara ko yang singa ini sanggup jerk buatkan aper sahaja...
start besok setiap malam dah berkampung kat umah my bro...
settlekan aper yang patut...
malam ne nak tambah beli sweet dan jajan untuk masukkan kat lam beg ...
untuk cendermulut kepada tetamu...
kalau nak tau zila isi aper????
jemput ler datang...
adat ler kenduri, ader jerk yang terlepas pandang...
pastu ader ler yang bising...
ne bukan nak bercerita pasal kenduri kendara tu...
tadi teringat satu perkara yang penting...
untuk perkongsian bersama...





20 AMALAN MURAH REZEKI


1. Sentiasa ada masa untuk beribadat.
2. Sentiasa istighfar
3. Tinggalkan dosa dan maksiat
4. Sentiasa ingat Allah
5. Menjaga dan membuat baik kepada Kedua Ibu Bapa
6. Menolong orang yang lemah dan susah.
7. Tolong tunaikan hajat orang lain.
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak.
10. Bangun pagi-pagi
11. Menjalin silaturahim sesama islam
12. Sentiasa berwudhu
13. Bersedekah terutama kepada anak yatim
14. Sentiasa solat malam
15. Banyakkan solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Sentiasa berzikir
18. Banyakkan berdoa
19. Berusaha dan berikhtiar
20. Bertawakal kepada ALLAH






"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "

(Surah At Talaq ayat 2- 3)
 
 
 
 
 












Saturday, 8 December 2012

BB PLUS....Rahsia wanita bermula disini....

BB PLUS ......
MINUMAN COLOGEN UNTUK KECANTIKKAN LUAR DAN DALAM.....







BB Plus Collagen Drink merupakan satu lagi produk terbaik dalam syarikat Hai-O Marketing. BB Plus diformulasi untuk meransang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh.Pengambilan BB Plus setiap hari dapat menyerlahkan keremajaan kulit dan memberikan kesihatan menyeluruh.

BB Plus dihasilkan daripada 5,000mg Kolagen ikan terhidrolisis untuk memberikan penyerapan yang baik. Kofaktor seperti ekstrak biji anggur dan Vitamin C ditambah untuk melindungi rantaian kolagen.
Satu sachet BB Plus mengandungi ramuan yang terdiri daripada Kolagen Ikan Terhidrolisis, Ekstrak Biji Anggur, Vitamin C, Inulin, Serbuk Jus Blackcurrant, Serbuk Jus Roselle, Serat Epal, Isomaltulos dan Sukralos.












Mengapa memilih BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.



Bagaimana BB Plus Bertindak?

BB Plus bertindak dengan tiga tindakan:

1. Memulih   - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina   - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru











Kebaikkan mengambil BB Plus ?

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran
matahari












Cara-cara pengambilan :
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Sebaiknya diambil sebelum makan atau sebelum tidur.




 

Get your BB Plus Kolagen and call zila now for great discounts!!
019 9006264
@






Wednesday, 5 December 2012

Sweet Memory with my mom....




Salam untuk semua...
Sejahtera ke atas kamu...
tolong doakan kesejahteraan zila sama occay...
biar kita sama-sama sejahtera dan gembira...
hari ini rasa mcm nak menulis tentang my lovely mom...
lately ne my mom selalu x sehat...
mungkin faktor usia dan kesihatan...
maklumlah dulu mak zila biz dari zaman muda so sekarang adalah masa untuk berehat...
so zila amik pendekatan yang moden...
bawak mak jalan-jalan @ inisiatif untuk mak bertukar udara......
untuk permulaan ne zila bawak mak jalan2 kawasan yang dekat dulu...
pegi breakfast kat taman gelora...
 pergi mkn mee calong kat beserah....
 lepak kat Taman Teruntum sambil bawak my kiddo berriadah...,
pergi umah tok besan mak kat Permatang Badak....
 pergi makan Nasi Kukus dan Laksam kat Kemaman...
mak mmg favourite " Laksam "...
hari-hari pun takper asalkan sedap...
so biler jumpa tempat sedap mmg kami akan pegi selalu...
next mission nampak nyer selalulah kami ke Kemaman...
coz dah jumpa warung Laksam yang sedap kat Chukai...
bila condition mak dah tip top, zila ingat nak bawak mak bercuti...
semoga Allah mendengar nawaitu zila...
every weekend zila balik umah mak...
dan banyak masa zila kat umah mak...
memandangkan zila satu-satunya anak perempuan mak...
dan zila rasa terpanggil untuk pikul tanggungjawab untuk jaga mak selapas abah meninggal pada 16.03.2012( tarikh yang x akan zila lupa hingga akhir hayat zila )
alhamdulilah SIL zila pun sangat2 membantu walaupun mereka hanya menantu...
sangat appreciate jasa mereka...
takde beza Ibu Mertua @ ibu sendiri...
mak pun dah banyak berubah semenjak abah tiada...
mungkin mak sunyi...
tapi mak tak penah luah pada zila selaku anak yang paling hampir dengan mak...
sekali sekala zila nampak mak termenung di atas katil...
masa mak banyak dihabiskan di atas tikar sembahyang dan mengajar orang mengaji...
kami adek beradek penah suarakan hajat supaya mak duduk dengan siapa yang mak selesa...
tapi mak menolak kerana sayang sangat rumah yang penah menjadi kenangan abadi bersama arwah abah...
tersitu segala sejarah tercipta...
walaupun abah dah tiada tapi kenangan bersama abah masih segar kater mak...
lagipun mak sayang dekat anak2 murid mengajinya...
selagi mak masih bernafas, zila akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaek...
supaya mak tak rasa menyesal ader anak seperti zila...
memberi yang termampu...
yang pasti jasa mak x mampu zila balas...
dapat jaga mak di usia emas ini adalah rahmat dari Allah buat Zila sekeluarga...
kasihmu ke syurga duhai Bonda...
semoga mak panjang umur dan dirahmati...
tiada kata yang dapat menggambarkan betapa mak adalah segal-galanya buat zila....
hope God bless us...
luv u mom so much...
nanti sambung lain kali...
banyak keje so layan pic je occay...
our sweet memory...
tata...jumpa lagi ...






Kami menjamu selera di RESTORAN NASI ARAB AL JAWAHEER...





menziarahi adik ipar mak @ mak sedara zila la tu...




memori indah bersama bonda terchenta...



selain laksam, Nasi arab adalah salah satu favourite food mak...
dalam sebulan 2 @ 3 kali kami menikmati nasi arab...
walawehhhh....




cucu-cucu yang membuat nenek sakit kepala ngan kerenah mereka...
" sabar ye mak dengan anak2 saya sebagaimana mak sabar menjaga saya dari kecil.. ".




kenangan di pagi Eid Adha yang lalu bersama2 semua cucu2 perempuan mak....





Serai serumpun sirih sejunjung,
Diletak orang di tengah laman;
Kasih ibu tiada penghujung,
Menjadi sanjungan ke akhir zaman.









Saturday, 1 December 2012

Terima kasih Sahabat....



Salam hari Jumaat...
bersiaran agak lambat...
terlalu banyak keje hakiki yang harus diutamakan...
tapi hati terasa untuk mencoret disini...
walaupun keje masih banyak yang tergendala...
biarkan seketika...
hari ini nak mencoret tentang seorang sahabat yang sangat baik hatinya...
Terima kasih sahabat...
tak mampu diluah dengan kata-kata...
hanya Tuhan je yang mampu membalasnya...
sahabat memberi makna yang besar buat zila...
kerana ader sahabat yang membantu dan membina...
thank to all my biz partner yang sangat2 supportive...
tak kurang juga sahabat yang menjatuhkan...
tapi jangan risau kerana zila dah maafkan semua...
buat aper nak pening kepala...
berbalik pada insan istimewa ini...
Tuhan hantar sahabat ini untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat...
banyak ilmu-ilmu agama, kami kongsikan bersama...
minda masih jahil dan banyak perkara yang harus dipelajari...
lagipun ilmu agama tak akan habis...
belajarlah sampai nafas terhenti...
tak pernah jemu memberikan kata2 hikmah...
tak pernah jemu berkongsi ilmu yang berguna...
ini perkongsian kami yang terbaru...
dan zila nak kongsikan disini...
bersama-sama semua yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini...
yang baik datang dari ALLAH...
yang kurang dari zila ...
andai tersilap, sudilah perbetulkan ye...
jumpa lagi di hari lain...





Sekeping kertas yang mengandungi ilmu yang bermanfaat....
* carilah ilmu selagi kita bernyawa *





Selalu nyer zila hanya amalkan yang ringkas sahaja....
* BERDOA adalah perkara wajib, mintalah pada yang maha Mengetahui *






Tak nampak ye, nanti kita zoom lagi....






nampak tak????....
* baca 3x setiap selepas solat *





Kedua-dua ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 3x....
* dapat menghapuskan dosa sehingga ke waktu solat yang seterusnya *






BUAT BAIK BUKAN MAKSUD NAK MENUNJUK...

TAPI NIAT IKHLAS NAK BERKONGSI...

TERPULANG PADA YANG MEMBACA...

YANG PASTI HANYA DIA YANG TAHU....











Friday, 30 November 2012

Anniversary 20th Hai O Marketing @ Premium Beautiful...





Salam untuk semua..
dah lama tak berkesempatan menulis di sini...
terlalu banyak perkara yang berlaku...
terlalu banyak masa digunakan untuk sesuatu yang lebih penting...
tapi hati masih ader disini...
hilang untuk seketika...
hari ini zila ingin membawakan berita gembira ...
pada hari sabtu minggu lepas zila and team telah berkampung di Stadium Malawati...
untuk meraikan ulangtahun Hai O Marketing yang ke 20...
Majlis diadakan dengan gilang gemilang dan dihadiri hampir 10,000 rakan usahawan ...
Majlis diserikan dengan kehadiran papa Dafi dan persembahan dari bintang fofular....
Shiela Amzah dan Dayang NurFaizah....
seramai 35 orang CDM telah diraikan....
CDM adalah pangkat tertinggi dalam biz ne...
7 daripadanya adalah dari our group...
GREEN LEADER GROUP...
dibawah pimpinan CDM HANIS HAIZI dan CDM RAZALI....

  • CDM NURFAZIHA BINTI FAUZI
  • CDM NAA KAMARUDDIN
  • CDM SHA KHALIL
  • CDM ALFAATH
  • CDM JASMIN
  • CDM SYUKRAN
  • CDM ADIBAH KARIMAH







Petikan dari akhbar " Berita harian ", seramai 35 orang CDM tterpampang didada akhbar....
dan salah seoarng darinya adalah my CDM iaitu CDM NAA KAMARUDDIN...



tahniah untuk semua rakan kongsi yang berjaya ke pangkat CDM...
tahniah yang tidak terhingga untuk CDM NAA KAMARUDDIN...
my leader, my sifu dan tempat rujukan untuk berbiznes...
sentiasa berlapang dada untuk rakan kongsi...
zila and team very proud with u Naa...
baru berusia 28 tahun...
dari seorang surirumah kepada seorang wanita yang berkerjaya...
pegang income 5 angka ...
berjaya memiliki kereta BMW idaman hati dalam tempoh setahun berbiznes...
tiada yang mustahil dalam biz ne...
semua berhak...
pilihan terletak di tangan sendiri...
anda bila lagi????
malas nak tulis panjang...
risau orang jemu nak baca...
biar gambar yang berbicara...









CDM NAA KAMARUDDIN DAN ASHRAF  BERSAMA PASANGAN CDM HEBAT IAITU CDM HANIS DAN CDM RAZALI





CDM HANIS DAN CDM RAZALI....
gabungan yang mantap dan menhasilkan group yang hebat..... 
" GREEN LEADER GROUP "





PERMULAAN MAJLIS....
semua CDM dijemput naik ke pentas yang tersergam indah....






GROUP PHOTO FROM GREEN LEADER GROUP....
barisan hadapan adalah barisan hebat CDM 2012....
rakan kongsi datang dari semua negeri untuk meraikan kejayaan CDM....
Salah seorang darinya adalah zila...
proud with my group...






PERSEMBAHAN PEMBUKAAN OLEH SHILA AMZAH...
suara yang sangat memukau...
persembahan yang membuatkan semua teruja....
memang layak menang kat Shanghai....







PERSEMBAHAN PENUTUP OLEH DAYANG NURFAIZAH...
suara yang sangat memukau jiwa...
tak puas dengar suara dayang hari tu......




CDM HANIS SEDANG DIINTERVIEW OLEH NT7 & TV9 ...
nak tahu how to generate income 4,5 & 6 figure...
let join our team...
jangan malu dan jangan tunggu...





CDM NAA KAMARUDDIN BERSAMA HUBBY TERCHENTA ASHRAF...
pasangan yang banyak membantu zila dalam biz ne...
gabungan insan hebat...
masih muda dan bersemangat kental...
thanx both of you...




CDM 2012 DI BAWAH GROUP " GREEN LEADER GROUP "







SEMUA BERHAK MERASA KEJAYAAN...

KEPUTUSAN DI TANGAN SENDIRI...

TAKDE PAKSAAN...

KEJAYAAN ADER CARA...

KEGAGALAN ADER SEBAB...

KAMI BOLEH TUNJUKKAN CARA...

COME JOIN US....

MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DISINI...


ZILA

019 9006264

@
















Tuesday, 23 October 2012

Cuti panjang.... YABEDABEDUUUUUUU.........



Salam untuk semua...
bertemu di pagi selasa yang cerah...
dah banyak hari asyik hujan jerk waktu nak pg office...
hari ini sangat menggumbirakan kerana hari sangat cerah...
sang matahari mula bertugas setelah diberi rehat yang panjang...
cuaca mungkin tak dapat diramalkan untuk musim tengkujuh ne...
kita bernasib baik kerana tidak bergantung hidup dengan laut...
termenung sejenak memikirkan nasib " Nelayan "...
mesti termenung panjang biler tiba musim tengkujuh ...
ini fitrah hidup...
tak siapa mampu menghalang ...
kena beringat semasa ada...
menabung untuk tampung masa tiada...
uolss faham tak???
kalau tak faham, abaikan ayat2 klasik tu...
bukan itu tujuan utama mencoret disini...
cuma nak melaungkan pada semua yang zila akan bercuti panjang mulai esok...

pada yang sedia maklum, esok kami warga PAHANG akan bercuti untuk meraikan ...
besday AYAHANDA TERCINTA...


rajakita m



tak lain tak bukan iaitu ...
Sultan haji Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar...
pangkat kejadah semer zila tak hengat occay...
alangkah bertuah kalau nama zila terselit untuk terima pingat Datuk...
ataupun nama mr sam ker yang dapat DATUK...
hahahaha...
kalau setakat orang panggil DATIN...
tu dah kalih @ selalu sangat...
maklum ler ai kan vouge...
tapi zila buat semua benda tetap ukur kat badan sendiri...
beli mengikut kemampuan...
syukur dengan nikmat rezeki dari ALLAH SWT...
tapi zila sukakan sesuatu yang menarik ...
kadang2 bagi zila biasa rupanya bagi orang lain terlalu bergaya...
nak wat caner, kurniaan dari Illahi...
zila cuma aminkan ajer...
maklum ler percakapan orang ne kan DOA...
bukan senang orang nak doa macam tu...
so zila terima dengan hati terbuka...
tak riak occay tapi menghargai...
kalau ader yang terasa zila mintak maaf occay...
zila pun insan biasa, tak lain melakukan kesilapan...


malas nak cakap banyak ...
selamat BERCUTI untuk warga Pahang....
kesempatan yang ada marilah kita menziarahi Ayahanda dan Bonda..
masa yang ada jangan disia-siakan....
jangan berkira dengan mereka...
kerana berbuat baik pada kedua-dua Ibu bapa, Pahalanya BERGANDA...
semoga rahmat ALLAH taala sentiasa bersama bonda tercinta...
semoga bonda dipanjangkan usia...
semoga bonda zila diberikan kesihatan yang sempurna...
Tahun PERTAMA Aidil Adha tanpa ABAH...
rindu kat abah sangat2...
semoga abah tenang disana...
tak boleh sebut nama ABAH...
perasaan jadi sayu dan hiba...



Selamat Menunaikan Ibadah haji kepada Pak Ariif dan Mok Yah...
semoga diberi kesihatan yang sempurna sepanjang berada di Tanah Suci...
Semoga selamat pergi dan selamat kembali...
kami semua mendoakan yang terbaik untuk kalian...
jangan lupa doakan zila dan family yang terbaik...
jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya...



HAPPY HOLIDAY OULSSS

SAPER YANG NAK TAU PASAL BIZ HEBAT ZILA...

BOLEH CALL, SMS DAN EMAIL...

BILA2 MASA...

DIMANA2 SAHAJA...

365 HARI...

24/7....



DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN...
JANGAN GAGAL SEBELUM MENCUBA...
ZILA DAH RASA...
UOLSSS BILA LAGI ???




019 9006264
&
razilawatirazali@gmail.com










Monday, 22 October 2012

NDO CLASS...



Salam untuk permulaan hari di minggu yang baru...
salam hari isnin untuk semua...
bersemangat walaupun hari ini zila tiada suara...
masih nak berceloteh panjang walaupun banyak kerja yang harus dibereskan segera...
minggu lepas zila ambik peluang untuk attend class NDO  kat GLAM...
nak berjaya kena cari ilmu...

"   nak BERJAYA ada CARA  "

mungkin separuh orang berpendapat, semua tu hanya akan merugikan...
tapi pandang dari sudut yang +ve...
ada ker kanak2 yang baru lahir terus pandai bercakap???
mesti tidak kan, semuanyer diajar oleh ibu bapa...
begitu juga kita yang langsung tak tahu apa2 pasal bizness ne...
kenalah melakukan sedikit pengorbanan  masa dan tenaga...
bak kata pepatah my leader ...
" kita laburkan duit kecil, untuk dapatkan duit besar "...
jangan cepat putus asa...
berbalik pada Class NDO...
NDO membawa maksud New Distributor Orientation..
Class ne diadakan di GLAM...
kursus ne diadakan bertujuan untuk mendidik bakal2 SM/SSM untuk generate income gemoks dalam masa yang singkat...
sebab tu zila cakap seronok berada dalam group yang betul ...
disamping itu leader juga sentiasa ada untuk membantu...
semua ilmu diberikan secara PERCUMA...

" nak berjaya kena ikut cara orang yang berjaya "

jangan kita yang cuba nak menjauhkan diri dari leader...
jangan nak salahkan orang lain andainya kita tidak berjaya...
Class bermula seawal 10.00 am...
terdapat 5 slot yang menarik...
semua slot disampaikan oleh Fisilitator yang mempunyai ilmu di dada...
bercakap berdasarkan pengalaman dan proses belajar di GLAM dan B32...
tidak puas untuk memantapkan ilmu didada...
terasa masa terlalu singkat dan cepat...
semua fisilitator menyampaikan tajuk masing2 dengan berkesan...

Pemilihan CIK JUJU selaku emcee juga sangat tepat...
penyampaian yang penuh bersehaja walaupun dalam keadaan yang kurang sihat...
seorang yang masih berkhidmat sebagai Lecturer...
dan buat bizness sebagai Part time....
niat asal memilih PREMIUM BEAUTIFUL hanya ingin menguruskan badan...
dan akhirnya terjebak ke dalam Bizness hebat ini...
kini memegang income gemoks 5 angka setiap bulan...
kurus pun dapat, kewangan pun makin mantap...
nak kenali lebih dekat Cik Juju...
overall majlis berjalan lancar ...
acara bermula seawal jam 10.00am..





Slot Pertama - Bakal DDM Ain Latifi
Tajuk : Produk Premium Beautiful

Slot Kedua - DDM Marlinda
Tajuk : SOP ( Standart of Procedure )

Slot Ketiga - Bakal CDM Cik Cida @ Mursyida
Tajuk : Social Media Marketing

Slot Keempat - DDM Najiah Sulaiman
Tajuk : Peranan Dan Tindakan Sales Manager (SM )

Slot Terakhir - CDM Naa Kamaruddin
Tajuk : IMPIAN dan MATLAMAT



Slot yang disampaikan oleh CDM Naa Kamruddin membuatkan semua tak diam duduk...
semunya tak sabar balik untuk laksanakan semua step yang telah diajar ...
zila pun tak sabar nak jumpa rakan kongsi untuk share ilmu...
biz yang sangat senang...
Follow the leader...
Kalau leader dah berjaya, so kita hanya ikut sajer step yang telah disediakan...
CDM Naa Kamaruddin hanya amik masa setahun untuk berada di Pangkat yang tertinggi iaitu CDM @ CROWN DIAMOND MANAGER...
menggunakan blog dan FB sebagai tools...
luangkan masa 2 @ 3 jam sehari...
mantapkan diri dengan ilmu social media marketing...
sentiasa berjumpa dengan fren yang +ve...
dapat membantu orang lain menjaga kesihatan...
income gemoks setiap bulan..
biz yang sangat seronok...
income di tangan kita...
usaha kita melambangkan income kita...





Kita ada MENTOR  yang hebat
Kumpulan yang sangat supportive
GREEN LEADER GROUP
&
BEAUTIFUL CIRCLES
 
 
 
 
 

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN

zila

019 9006264