Pages

Pelangi Petang

Pelangi Petang

Monday, 31 October 2011

~ Senyum ~ Senyum ~ tak perlu kata apa-apa....

Salam untuk semua...

Tajuk memang tak blh blah...
ai memang dalam mood yang sangat sonot...
terima kasih pada yang insan yang membawa berita gembira itu...
tak sangka sekian lamer ai menunggu akhirnya ...
Tuhan merestui juga...
ai bukan preggy lah...
tu kena tungguuuuu...
kalau ader rezeki..InsyaAllah...
tapi ne citer lain...
ai memang teruja...
Sujud syukur yang tak terhingga...
doa ai dimakbulkan...
semoga semuanya berjalan lancar...
semoga aper yang dirancang akan jadi kenyataan...
segala kesabaran dan penantian ai selama ne tak sia-sia...
semua orang ader wawasan ...
dan begitu juga dengan ai ...
tapi wat maser ne ai tak boleh citer lagi...
masih lagi dalam mood menanti...
kerana saat yang ditunggu2 belum tiba...
itu baru perkhabaran gembira...
ai tak boleh menarik nafas lega selagi semuanya belum jadi kenyataan...
kalau semuanya dah ada depan mata...
ai raser ai adalah orang yang paling bahagia kat dunia ciptaan Illahi ne...
ai tak pernah terfikir akan dapat semua tu...
memandangkan ai serba kekurangan...
tapi ai yakin dengan kuasa Allah...
hanya Dia tempat ai bercerita...
berkongsi suka dan duka...
Teman yang tak pernah mengecewakan...
adakala ai diuji...supaya ai sentiasa berdamping denganNya...
tapi PerancanganNya sempurna...
ai diuji kerana ai disayangi...
ai diuji kerana Dia ingin mendengar suara ai mengadu kepadaNya...
betul kater orang...
setiap ujian pasti ader hikmahnya...
kunci untuk setiap perkara adalah sabar...
setiap kesabaran pasti ader ganjaran...
dan segalanya akan terbayar sekiranya kita ikhlas...
dalam hal ne , ai serahkan segalanya pada Allah...
ai tahu hanya Dia yang mampu merencanakan yang terbaek buat ai...
bagi insan yang khilaf seperti ai...
ai tercari2 untuk suatu yang pasti...
kadangkala kita samar dalam mencari jawapan...
Tuhan berikan akal untuk ai berfikir...
dan tak lupa juga panduan dariNya....
semoga aper yang direncana akan menjadi kenyataan...
ai tak sabar menunggu hari yang dinantikan...
penantian satu penyeksaan...
setiap minit berharga bagi ai sekarang...
tak sabar rasanya...
Doakan yang terbaek tuk ai...
semoga kita bersama-sama berada dalam lindungan Illahi...


Tuesday, 25 October 2011

Ultimate Cheesy 7.....ader saper2 nak ikut tak?????

Salam...

memang tak boleh tahan...
tak perlu cakap banyak...
nama pun dah besh kan...
ai belum jamah lagi tau...
besa kalau kami pegi makan pizza...
kami akan amik yang kecik jerk...
kalau amik yang besar, ai kena bawak adeq-beradeq ai dulu...
coz kami  3 beradeq semer nyer penggemar pizza..
mr sam memang tak suka sangat ngan pizza...
dia akan amik sekeping sbb nak jaga hati...
begitu juga ngan kak yong dan adeq...
semer nyer makan chicken wing jerk...
tapi pizza ultimate cheesy ne saiz standart...
kena ajak penggemar pizza ne...
nanti ai bagitau baper star untuk pizza ne occay...


ultimat cheesy 7 pizza

tak sabar nyer......


*
*
*
*


Buat Baik pun salah....buat jahat apatah lagi....

Salam untuk semua...

pagi tadi sambil jemur kain ai dengar MHI kat TV3,
dorang duk baca sinopsis dari paper hari ini...
macam2 berita ader dan salah satu adalah mengenai berita kat bawah ne...
biler dengar raser kesian dan sakit hati jerk...
kenapa mesti nak menyusahkan orang lain???
dah ler pakcik nasharuddin tu dah berusia...
tak hormat orang tua langsung...
maner sikap prihatin mereka???
untuk mengetahui kisah selanjutnya ...
scrolll bawah occay....




‘Mujur tak kena mata’



TEMPAT KEJADIAN...Nasharuddin (kiri)  menunjukkan kawasan kebun getah tempat dia diserang.

TEMPAT KEJADIAN...Nasharuddin (kiri) menunjukkan kawasan
kebun getah tempat dia diserang.



CEDERA...kesan tikaman dekat mata kanan mangsa.
CEDERA...kesan tikaman dekat mata kanan mangsa



ALOR GAJAH: Niat baik seorang anggota polis mahu membantu seorang penunggang motosikal yang disangka kehabisan petrol membawa padah apabila dia ditikam sebelum ditolak ke dalam gaung di jalan besar Hutan Percha di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi, motosikal Honda EX5 milik mangsa, Koperal Nasharuddin Mansur, 50-an, turut dilarikan penjenayah berusia 20-an itu.

Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai tindak-tanduk mencurigakan seorang lelaki yang tidur di bawah pokok getah sambil memakai topi keledar dan sebuah motosikal ditinggalkan di tepi jalan.

“Ketika sampai di situ, saya melihat lelaki itu sedang berjalan kaki dengan bertopi keledar sambil menjinjing botol berisi petrol dari arah sebuah pam minyak sebelum bertanya masalah dihadapinya.

“Bagaimanapun, belum sempat saya menongkat motosikal untuk mendekatinya, dia menikam bahagian tepi berhampiran mata kanan saya dengan gunting,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia bernasib baik berikutan tikaman itu tidak terkena mata.


Katanya, suspek juga menolaknya sehingga jatuh ke dalam gaung di tepi jalan berkenaan.

“Lelaki itu menolak rusuk kanan saya hingga terhumban ke dalam gaung sebelum melarikan motosikal saya dan memecut laju ke arah Solok Menggong.

“Pada waktu itu tiada pengguna jalan raya melalui jalan berkenaan dan saya terpaksa menghubungi Balai Polis Hutan Percha tempat saya bertugas bagi mendapatkan bantuan,” katanya. Menurutnya, difahamkan petrol yang dibawa suspek baru dicuri dari rumah seorang pekebun getah sebelum dia berpura-pura berjalan kaki dari arah sebuah pam minyak tidak jauh dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan kejadian dan berkata, gerakan memburu suspek yang membawa lari motosikal bernombor pendaftaran KBR 7269 milik mangsa sedang giat dilancarkan.

Menurut Umar, mangsa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Hutan Percha dan menerima dua jahitan akibat tikaman itu.

“Orang ramai yang terserempak atau mengesan suspek dengan ketinggian 158 sentimeter, berbadan gempal dan berkulit cerah diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya.




Jumpa lagi...

Semoga hari besok lebey baek dari hari ini...

Luv Uols.....




Saturday, 22 October 2011

Selamat hari kanak-kanak....

Salam hari sabtu...
Mood kerja yang bercelaru...
kerja banyak...
tapi mood rajin bercuti, yang datang keje adalah mood malas jerk...
pagi-pagi lagi bos nak mengamuk...
ader ai kesah...
hormon tak stabil le tu...
ai occay jerk....
tapi betoi lah orang cakap ....

" marah secara lembut, kesan dier sampai tulang sum-sum...."

tapi bukan salah besar pun, yang dier nak haru biru tu...
dan bagi manusia normal lain, benda tu kalau tak buat pun ..
tak jadi masalahnya...
abaikan mood bos yang tak stabil tu...
tapi ai kan suka amik pendekatan,
maafkanlah mereka kerana satu hari mereka akan berfikir balik tentang kebenarannya...
ai plak kalau memang benda tu salah ai...
ai akan accept dan mintak maaf ...
tapi kalau tu bukan salah ai memang ai tanya balik...
bukan nak bermusuh tapi sampai biler asyik kita yang kena???
abaikan mood hangin pagi2...
kacau betoi ler...
dah lari mood ai...
ai ari ne memang mood hepi...
tak tau kenapa...
tiba-tiba terasa donia ni ai yang punya..
terima kasih pada insan yang memberi berita gembira itu...
penyelamat hariku....
dah ke laut....
hari ini kita warga malaysia menyambut Hari Kanak-kanak...
baguslah kita dibumi malaysia ne, macam2 hari ader...
hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Polis, Hari Warga Tua, Hari Aids and etc...
Dan pada hari ini, kita menyambut hari kanak-kanak...
sekurang-kurangnya kita menghargai mereka yang akan jadi pelapis kita satu hari kelak...












kanak-kanak umpama kain putih...
dan kita selaku ibu bapa yang mencorakkan mereka...
semoga anak2 ai menjadi insan yang berguna dan berjaya satu hari kelak...
sehari dua ne kita dikejutkan dengan macam2 berita yang amat mengjengkelkan...
bayi yang tak berdosa dikelar ibu kandung sendiri...
bayi yang tak berdosa dicampakkan dari tingkat dua...
dimana naluri seorang ibu????
dimana rasa kasih dan sayang pada darah daging sendiri???
tu belum lagi anak2 yang didera...
anak2 yang dibiarkan tanpa kasih sayang akibat perceraian...
jenayah yang melibatkan kanak2 juga semakin meningkat...
dimana letak nilai kemanusiaan...
terpulang kepada individu itu sendiri...
mereka yang memilih untuk sedemikian...
tapi bagi ai, anak adalah amanah dari Allah....
harta yang tak ternilai...
dan ai memang tak sanggup kehilangan mereka...
selagi ai bernafas, Insya'Allah nasib mereka akan terbela...
Akhir kata...

" SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK 2011 "

last and not least
*
*
*

Mama sayang sangatttttt ngan kak yong  n adeq....
Selamat hari kanak-kanak sayang....

Jumpa lagi....

Semoga hari esok lebey baek dari hari ini.


Luv Uolssss.......

Friday, 21 October 2011

Memaafkan lebeh baek dari berdendam....

Salam...
mesti pelik kan tajuk ...
macam dilanda taufan jek...
takdelah...tadi ai bersembang ngan my bff maser primary...
dah lamer tak dengar citer dier...
tiba2 plak teringat...
kami memang sangat rapat maser kat SMART dulu...
tapi dier bernasib baek kerana jadek cikgu...
ai bukan aper...
biler jadek cikgu...
gaji dorang besar...
boleh ler bermewah skit...
bukan macam ai...
tumpang reta laki...
seronok bersembang terkeluar ler satu citer yang penah kami alami...
biasa ler alam persekolahan...
macam-macam peristiwa ader...
yang manis memang banyak...
tak kurang jugak yang pahit...
tapi ader satu citer ai pasti ingat sampai mati..
biler citer bab tu memang darah naik sampai ke pale...
terasa nak marah sangat2 pada hamba Allah yang seorang...
tak boleh citer untuk menjaga sensitiviti pelaku....
ai ngan my bff ne memang dah ampun aper yang dah dier wat kat kami ne....
tapi jauh di sudut hati yang paling dalam...
terasa payah betoi untuk memaafkan...
memang betoi kater pepatah....

" memaafkan adalah suatu perkara yang manis tapi amat menyeksakan ..."

ai bukan jenis manusia yang berdendam tapi kalau ngan hamba Allah ne kalau tak jumpa lagi bagus....
tak boleh blah betoi...
alasan tak logik...
memang tak patut...
suka hati dier jerk...
tak fikir pun hak orang lain...
memang jual ikan (selfish)...
tapi bagi kami yang kerdil ne...
atas dunia ko boley jadik raja...
tapi kat akhirat, ko pun sama macam kami semua...
ko buat dan bahagian ko pasti ader...
ai memang tak doa aper2 kat dier tapi kalau aper2 terjadi kat dier...
tu bermakna Tuhan balas cash...
ko aniaya orang...
orang lain plak jadi mangsa....
menci toi kalau ingat...
hari biru toi...
tak pasal2 hangin satu badan...
puas bercerita...
kami gelak besar meraikan kesedihan lama..
tu citer lamer...
biler dah berkerjaya dan berkeluarga ne...
banyak lagi benda yang nak di utamakan...
sebelum mengakhiri perbualan, kami berjanji untuk berjumpa...
bertentang mata lebih seronok dari mendengar suara...
tambahan pula sekarang, semuanya dihujung jari...
semoga ikatan persahabatan akan terjalin erat ....





Jumpa Lagi....

Semoga Hari Besok Lebey Baek Dari hari Ini..


Luv Uolssss....


Selamat menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang.....kami bercoti lagi....

Salam hari jumaat...
penghulu segala hari...
disertai ngan hujan renyai-renyai...
semoga diberikan rahmat dan hidayat olehnya...
pada hari isnin minggu hadapan bersamaan 24.10.2011...
kami warga pahang akan bercuti lagi sempena menyambut hari keputeraan Sultan Pahang...




DAULAT TUANKU











Seorang raja berjiwa rakyat...
semoga panjang umur....


Daulat Tuanku...



Menyambut Panggilan haji buat Ayah Chik Meli serta isteri....

Salam


Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Musim haji telah tiba lagi untuk tahun 2011..
sana, sini ai terdengar orang bercerita pasal ke mekah...
semalam balik dari office , abang amir ajak pergi pekan...
melawat Ayah Chik Meli( adeq abah) dan makcik leha....
sebelum mereka berlepas pada hari jumaat...
ai setuju ngan syarat kena car pooling....
mr sam belum balik keje dan kalau tunggu takut lewat sangat...
nanti nak balik pulak, maklum ler esok semer kan keje...
lepas maghrib, kami gerak...
sampai pekan hari dah isyak...
Bandar Pekan dah bertukar wajah...
Bermandi cahaya, maklum ler nak sambut Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24.10.2011 ne..
Pokok-pokok berwarna warni macam kat I-city Shah Alam mewarnai dataran Pekan...
tapi tak boleh singgah memandangkan itu bukan tujuan asal kami ke Pekan...
maser kami sampai...
orang dah ramai...
tetamu tak berhenti datang, maklum ler pak sedara ai ne bilal masjid...
abah ai pun seronok coz dapat jumpa kawan2 lama...
abah ngan mak ai tido saner...
abah ngan adeq dye ne rapat sangat...
dulu maser mak ngan abah nak g haji, adeq-beradeq abah ramai yang datang tdo kat umah kami...
langkah kaki kanan, sampai jerk..
orang nak makan nasi...
rezeki jangan ditolak...
selesai makan, sesi bergumbira...
kul 11.45 kami bertolak balik...
letihnya...
nak titon...
malas cakap banyak...
layan pic jerk...





yang belakang sekali my dad, depan skit mak ngah dan depan sekali yang mulut penuh tu my SIL....



Adeq memang suka posing ceria.......



adeq ngan anak my cousin...



sedang bergumbira......


ne lah makchik leha...my aunt yang nak berangkat ke Kota Mekah esok....




may cousin and family ngah santap...



my mom and my sil .....


my cousin and wife....


majlis bersantap....



ai ngah mintak makcik leha doakan tuk cepat g Mekah...


besalah suruh cameramen free...gambo lintang pukang...


yuna...


Shaurah....



shaurah ngan adeq....
( tengok adeq dah salin uniform...pantang nampai muka mama ader jerk hal dye... )


tak boleh tinggal...wajib....



ai ngan my cousin...
(semer ader bby..ai jerk lum sampai seru...)




abang amir ngan duk syok bersembang,..



last and not least....ai ngan my mom amik angin kat beranda...
( jam dah kul 11.30 maser ne...)

Kami seluruh ahli keluarga mendokan semoga ayah Chik dan makcik leha selamat pergi dan selamat kembali...
semoga memperolehi haji yang mabrur...
doakan ila sekeluarga dirahmati dan dimurahkan rezeki...
moga kami pu cepat dapat menjejakkan kaki ke Bumi Mekah...
Amin...

Jumpa Lagi

Thursday, 20 October 2011

Musim tengkujuh sudah bermula....

Salam..

hujan...hujan...hujan...
tiap-tiap hari hujan...
adakala siang...
ataupun malam..
kalau tidak pun siang dan malam...
tapi ini memang dah termaktub dari dulu lagi...
pada hujung tahun adalah musim hujan...
atau lebih popular dikenali sebagai " musim Tengkujuh "
kesian pada mereka yang bergelar nelayan...
hilang punca pendapatan....
tapi bagi kita yang makan ikan...
lupakan impian...
kerana nelayan ambik cuti tahunan...
nak bergerak pun susah sikit...
maklum ler nanti basah kuyup...
tapi kalau ader keje penting ...
nak tak nak redah je lah...
tapi inilah yang dinamakan manusia...
musim panas nak kan hujan...
tapi biler musim hujan, bising plak...
tapi alhamdulilah kerana kita aman dibumi malaysia...
takde gempa bumi, gunung berapi dan puting beliung...
semoga kita semua terselamat dari malapetaka tu semua...
satu nak pesan sempena musim hujan ne...
jaga anak2...
dorang memang seronok tapi musibah kita tak duga...
jangan kita menyesal kemudian hari...
anak2 amanat Allah untuk kita...





















Jumpa lagi....

Semoga hari esok lebey baek dari hari ini...


Luv Uolssss..



Wednesday, 19 October 2011

Gelora di hati Bonda....

Salam...

Tak cukup satu nak dua...
dah ler keje berlambak, tapi masih keras kepala...
nak jugak menulis...
biler keje tak seap mulalah perasaan raser tak keruan...
mula terasa panaz punggung....
mulalah terasa di anak tiri...
tapi tak sedar salah sendiri...
suka cari pasal ....
ai memang tak salahkan orang lain...
ne ai pandai buat, pandai ler bertanggungjawab...
cewwah....macam bagus jerk...
kali ne nak menulis pasal kak yong jerk...
anak dara kesayangan ai ne pun risau dibuatnya...
dari minggu lepas lagi, ai remind dye pasal nak exam...
kalau pegang buku, tak sampai setengah jam dah tertido...
haru biru betoi...
ai kalau boleh tak nak ler dia jadik macam ai...
biar ler dier lebih bagus dan ader kehidupan yang selesa...
bukan senang nak hidup dalam dunia yang mencabar seperti sekarang...
semua benda dan pergerakan memerlukan wang...
kami semua pun terpaksa berpuasa untuk jalan2 dan bergumbira dengan adeq-beradeq ai semata nak bagi tumpuan pada kak yong...
tapi dalam hati ai memang mohon Allah permudahkan kak yong nak duduki exam...
hari ini ai nak titipkan syair untuk my lovely princess ne...

*************************

wahai anak-anak kesayangan bonda...
pesan bonda jangan dilupa...
sebagai bekalan sampai ke akhir usia...
carilah ilmu walau sampai ke negeri china...
jangan ilmu dipersia...
kerana kelak ilmu adalah cahaya...
bonda sanggup bersengkang mata...
asalkan anak ingin berjaya..
jangan dipertikai jasa bonda...
kerana semuanya ikhlas belaka...
walau dimana anak berada...
doa bonda sentiasa dirimu sejahtera...
tapi solat jangan dilupa...
kerana agama kita terpelihara...
anak2 warisan Bonda...
hanya dirimu harta bonda yang paling berharga...
jangan dirimu dipersia...
kelak bonda akan merana...
hati bonda sering teruja ...
biler keleteh anak2 mengundang bahagia...
selagi badan masih bernyawa...
amanat ALLAH ini tetap terjaga...
betapa besarnya harapan Bonda...
untuk melihat anak2 berjaya...
semoga diberkati doa dari yang Esa...
ini luahan hati bonda untuk anak yang terchenta....




permata hatiku dan mr sam....





Hasil dari Emergency Leave dye semalam...

Salam...

Dalam hati malas nak update...
coz keje banyak pending...
tapi tangan gatal gak nak menulis...
so layan je lah...
semalam kena balik awal ke rumah...
coz kak yong still ader exam esok...
kena baca buku...
ader paper matematik dan pendidikan islam...
tak lama kemudian mr sam pun sampai...
semalam ai tak tahu dier tukar profesion aper plak...
yang pasti nelayan adalah wajib...
tak boleh tidak...
tapi hasil boleh dibanggakan...
walaupun geram pun ader...
bukan aper maser gi mancing....
kalau ai cal, suara macam aku lah hulk hogan...
tapi kalau dah sampai kat umah dan dah siap mandi...
nak mintak tolong skit pun memang tak dapet nyer...
tunggu siang esok jerk...
tak boleh citer panjang...
nak wat keje ...
so layan pic je...
semua hasil tangkapan masih belum dimasak dan akan diselesaikan pada malam ini...

*

*

*


udang galah hasil sebagai nelayan semalam....













mr sam ngah siapkan aper yang patut....


burung puyuh hasil suka suki dye ngan kawan2











hasil mr sam EL semalam....


gigih  membersih...ai memang tak beran punya...





yang ne ai tolong wat....
( abaikan dapur gas yang sangat uzur itu....)





dah seap dibersihkan...



semua kerja pembersihan telah selamat dilakukan...
ari ne ai akan masak..
tapi tak tau nak masak aper???
ader sesaper yang boleh bagi opinion tak???
mr sam pun tak tau nak masak aper...
asalkan sedap dan kenyang...
ai akan usahakan...
Jumpa lagi...
tata...


Semoga hari esok lebey baek dari hari ini...

Luv Uolsssss.